Untuk pengetahuan bagi anda semua , pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat keputusan dalam membuat satu insentif i-Suri. Pendaftaran dalam caruman sukarela insentif i-suri yang boleh dibuat. bagi mereka yang layak juga boleh melakukan pendaftaran sebagai ahli KWSP dalam menyertai i-Suri dengan menghadiri diri di mana-mana 67 cawangan KWSP di negara ini.
FAEDAH BAGI I-SURI KWSP
- Bantuan kematian akan diberikan sebayak RM2,500
- Dapat menerima dividen tahun KWSP
- Pencarum yang masih boleh membaut pengeluaran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan
- Bantuan hilang upaya
SYARAT KELAYAKAN BAGI MEMBUAT PENDAFTARAN I-SURI
- Mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon yang belum capai umur 60 tahun
- Isteri adalah merupakan Ketua Isi Rumah (KIR)
- Golongan yang suri rumah telah mendaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) pada setakat Disember 2019
- Mencarum sekurang-kurangnya sebanyak RM5 bagi setiap bulan atau mencarum sebanyak RM60 untuk setahun dalam akaun KWSP
CARA MELAKUKAN PENDAFTARAN SKIM I-SURI
Bagi mereka yang telah membuat pendaftaran , perlu membawa dokumen yang diperlukan :
- Mykad
- Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Bagi pendaftaran untuk pertama kali sahaja)
- Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa membuat pendaftaran)

MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut , anda boleh rujuk terus ke laman web rasmi KWSP atau boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di nombor talian 03-8922 6000
0 Comments