Adakah anda semua masih ingat berkenaan Program Jaringan Prihatin untuk golongan B40 yang telah diumumkan pada Belanjawan 2021 yang lepas? Kerajaan telah menyediakan pakej berbentuk bantuan sebanyak RM300 bagi yang membeli peranti baru dan RM180 untuk melanggan data bulanan daripada syarikat telekomunikasi seperti Digi , Celcom , Maxis serta Umobile.
Program Jaringan Prihatin ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membantu golongan B40 dalam membeli telefon pintar serta melanggan data. Program ini memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat serta melibatkan peruntukan sebanyak RM3.5 Bilion dalam menjayakan program tersebut.
KELAYAKAN
Sebanyak 8.4 juta penerima bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak untuk memohon program jaringan prihatin. Manfaat yang akan dimiliki oleh penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah berbentuk perkhidmatan data internet ataupun pembelian telefon pintar.
2 KATEGORI UNTUK GOLONGAN B40
- Mempunyai anak : RM300 untuk Bantuan Pakej Peranti ataupun RM180 Bantuan Pelan Data Bulanan untuk 12 bulan.
- Tidak mempunyai anak : RM180 untuk Bantuan Pakej Peranti ataupun RM180 Bantuan Pelan Data Bulanan untuk 12 bulan.

TARIKH PENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN
- 5 Mei - 31 Julai 2021
CARA MEMBUAT TEBUSAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN
- Pertama sekali sila buat semakan anda melalui laman web rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/
- Seterusnya , daftar sebagai pelanggan di mana-mana syarikat komunikasi dalam mengambil bahagian (rujuk senarai syarikat komunikasi di bawah)
- Buat keputusan sama ada ingin memilih pakej tersebut
- Pembelian pelan data internet bulanan
- Pembelian peranti baharu
- Tahniah ! , anda sudah boleh menikmati data secara percuma yang telah ditawarkan

Sekiranya anda ingin menikmati manfaat yang telah disediakan di atas , anda perlu membuat pendaftaran dengan syarikat telekomunikasi di bawah :
Digi : https://digi.my/prihatin⠀
Celcom : https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin⠀
Maxis : https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin⠀
Umobile : u.com.my/jaringanprihatin⠀
Mcalss : https://mcalls.asia/jaringanprihatin⠀
Tunetalk : https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin⠀
speakOUT : https://speakout.asia/jaringanprihatin⠀
RedOne : https://www.redone.com.my/promotion/bpr⠀
Unifi Mobile : www.unifi.com.my/jaringanprihatin⠀
XOX Mobile : https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en⠀
YES : https://www.yes.my/kasiupB40⠀
Yoodo : www.yoodo.com.my/jaringanprihatin
5 Comments
Sy baru beli jga telefon pintar tp tiada apa2 penjelasan yg sy dpat.so,mcmana sy mau buat tebusan telefon pintar yg sy baru beli tu?
ReplyDeleteBoleh ke mohon online
ReplyDeletesye try wt tp tp die ckp sye dh wt.....cmne tu
ReplyDeleteSda isi borng tpi blom dpt telphne yes
ReplyDeletemacam mana ye nak buat ..jaringan saya ddaftarr..tapi number yang saya daftar tu dah kena block saya nak buat kat number lain...jadi macam mana nak cancel kn yang lama buat yg baru ye
ReplyDelete