I-CITRA ~ Permohonan Pengeluaran Simpanan KWSP Sebanyak RM5,000 Akan Dibuka Pada 15 Julai 2021


Pada penguguman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) , Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat satu kenyataan yang mana i-Citra telah diperkenalkan kepada pencarum untuk membuat pengeluaran sehingga RM5,000.

I-Citra ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka yang mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan pada 1 Jun 2021.

JUMLAH KADAR BAYARAN

Dalam satu perutusan khas , Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan pembayaran adalah sebanyak

  • RM1000 setiap bulan selama 5 bulan
  • Maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM5,000
  • Tertakluk kepada jumlah bagi di kedua-dua akaun 1 & 2 

TARIKH PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda semua , permohonan i-Citra ini boleh dilaksanakan bermula :

  • 15 Julai 2021
  • Melalui laman web portal rasmi i-Citra

TARIKH PEMBAYARAN

Sekiranya anda lulus dalam permohonan i-Citra yang dibuka pada 15 Julai ini , anda akan menerima pembayran pada : 

  • Ogos 2021

SYARAT KELAYAKAN

Pencarum yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syrat kelayakan yang diperlukan

  • Pencarum mestilah berumur 55 tahun dan ke bawah termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
  • Pencarum yang mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun pada tarikh permohonan

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan permohonan I-Citra , anda boleh terus menghubungi hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.


Post a Comment

1 Comments