PEMULIH: Bantuan Khas Covid - 19 Bagi Golongan Miskin Tegar B40 & M40 Bermula Ogos Sebanyak RM1000




Berita baik kepada rakyat yang terdiri daripada golongan miskin tegar B40 & M40 termasuklah golongan bujang kerana Kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Covid - 19 bermula Ogos 2021 ini.

Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengatakan bantuan ini akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah serta individu terdiri dari warga emas dan bujang dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.

Bantuan ini melibatkan isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 dan akan dikreditkan pada bulan Ogos 2021 ini , pembayaran kedua pula adalah sebanyak RM500 dan akan dilaksanakan pada bulan November, serta pembayarakan ketiga pula sebanyak RM300 akan dikreditkan hujung tahun iaitu Disember.

"Bagi kategori bujang miskin tegar pula akan menerima bantuan ini sebanyak RM200 akan dikreditkan pada bulan Ogos 2021, manakala pembayaran kedua pula adalah sebanyak RM300 dan akan dilaksanakan pada bulan November 2021" katanya dalam satu perutusan khas.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengatakan kategori isi rumah B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 yang akan dibayar pada bulan Ogos 2021 ini.Seterusnya pembayaran kedua adalah sebanyak RM300 dan dibayar pada Disember , Bagi kategori bujang pula akan menerima bantuan berjumlah RM200 dan akan dikreditkan pada Ogos ini.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengatakan bantuan sebanyak RM500 akan diberikan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan disebabkan pandemik wabak Covid-19 berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PEKRESO pada tahun 20221.



Post a Comment

27 Comments

  1. Ni satu penipuan... saya tak pernah dapatpon bantuan b40 daripada kerajaan PN sejak covid19 melanda negara... ni semua nak pancing undi rakyat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah km dpt.. dr BPR pertama lg.. sampai yg lani,, pemerkasa punya pun alhamdulillah dapat dh.. sbb suami sy tidak bekerja krna sakit n sy pula tdk blh bekerja krna jaga suami sy.. syukur Alhamdulillah dpt jg bantuan dr kerajaan PN.. jujur sy ckp dr pihak ZAKAT/JKM sy tiada dpt bantuan lagi pun...

      Delete
    2. Sama lh kita. Bantuan da dpt. Dlm pemerintahan PN ni..bnyak da dapt.. Bpn Bpr Bpr tambahan smua dpt.

      Delete
    3. Ogos sudah berakhir tp bkc blm muncul...

      Delete
    4. jangan2 bayaran bantuan BKC akan dibubar maksudnya bayaran mungkin diubah..

      Delete
  2. Macam mana nak buat permohonan

    ReplyDelete
  3. Penipu xpayah percayalaaaa...saya pun xpernah dapat bantuan 1 sen pun drpd bantuan b40 semenjak covid 19 melanda negara dulu...semua ni hanya nak bunuh rakyat jer

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..sy dpt...sbgai ibu tunggal sy amat mnghrgai PM sbb sntiasa mndgr luahan rakyt..tm ksh krna PM bnyk mmbntu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya pun dapat. Sjak dr Brim, BSH, dan skrg ni BPR. Alhamdulillah...

      Delete
  5. saya bujang boleh ke mohon bantuan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kna mohon. Mgkin ada rezeki nnti. Sbb anak bujang sya berumur 22 pun dpt.

      Delete
    2. Dah bln Ogos esok last..x masuk pun bantuan BKC ni , dpt Pm baru terus senyap...x nak langsung pasal.bantuan

      Delete
    3. 31 ogos dah.. BKC bila masuk?

      Delete
  6. Kene mohon..banyak data rakyat yg dia nak pakai..sebelum ni dah mohon sambung je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kne mohon ke bkn ke automatik terus masuk akaun yg sblum ni dpt Bpr, guna data bpr

      Delete
  7. Wo...ni bantuan tuk wilaya persekutuan ja punya ni...bkn smua dpt ni...mengutamakan warga muslim yg tinggal d wilaya persekutuan saja layak....yg termiskin 10% punya..huuuu..ingat bantuan smua org..huuu....pandai2 ja tulis risalah tak kena tempatnya..huuu

    ReplyDelete
  8. 29.8.2021 xdapat pun... 🤦🏽🤦‍♀️🤦🤦🏻🤦🏾🤦🏻‍♀️🤦🏽‍♀️🤦🏾‍♀️🤦🏼🤦🏼‍♀️

    ReplyDelete
  9. Aahhh...malas dah nak percayalaa

    ReplyDelete
  10. Dh nk hbis bulan 8 dh bayang bntuan pun x nampak

    ReplyDelete
  11. MCM mne ye nk mohon bantuan covid 19 ni

    ReplyDelete