
Untuk maluman semua , walaupun pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi Fasa 1 dan Fasa 2 sudah dikreditkan tetapi masih ada lagi segelintir rakyat yang layak untuk menerima pembayaran namun sebarang keputusan menolak permohonan mereka.
Oleh itu , Kerajaan telah membuat satu kenyataan rasmi untuk membuka semula permohonan bpr rayuan yang bermula
- 15-30 Jun 2021
KATEGORI YANG LAYAK UNTUK MEMOHON
Berikut adalah syarat kelayakan mengikut kategori adalah yang tidak pernah memohon
1. Kategori Isi Rumah
- Pasangan yang telah berkahwin
- Terdiri dari ibu/ bapa tunggal / balu , duda ataupun janda yang mempunyai anak
- Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 60 dan ke atas
2. Kategori Bujang
- Individu yang bujang / ibu tunggal / bapa tunggal / balu dan janda yang tidak mempunyai anak
- Berumur mestilah 21 sehingga 59 tahun
- Kategori OKU dan mestilah berumur 18 sehingga 59 tahun
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Pembayaran ini boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu :
1. Permohonan secara online
- Pemohon boleh membuat permohonan di laman web portal rasmi BPR
- https://bpr.hasil.gov.my/
2. Permohonan secara manual
- Anda boleh menghantar borang rayuan dimana-mana cawangan/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran
- Pemohon boleh mengemukakan rayauan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM
- Penghantaran borang adalah secara janji temu sahaja
TARIKH PEMBAYARAN
Bagi pemohon yang lulus dalam permohonan rayuan BPR akan menerima pembayaran pada
- Ogos 2021
0 Comments