Pada March 2021 yang lepas , pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melaksanakan bayaran bantuan kewangan kepada keluarga fakir dan miskin bertempat di Kuala Lumpur sebanyak 21,536 keluar yang terlibat. Melalui bantuan ini , sebanyak RM131.39 Juta pihak zaakat telah diperuntukan bagi menyalurkan bantuan kepada keluarga fakir miskin yang benar - benar layak.
Skim bantuan kewangan diperkenalkan adalah bertujuan untuk membantu memenuhi keperluan asnaf yang dalam bentuk kewangan secara bulanan. Kadar yang akan diberikan adalah berbeza dengan mengikut jenis bantuan serta taraf kehidupan permohonan di sekitar Wilayah Persekutuan.
OBJEKTIF BANTUAN KEWANGAN
Objektif bantuan kewangan ini dilaksanakan adalah untuk membantu memenuhi keperluan asnaf yang dalam bentuk kewangan bulanan melalui akaun penerima.
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan kewaangan yang akan diberikan kepada keluarga fakir miskin yang layak adalah sebanyak :
- RM300 - RM1000 Sebulan
NEGERI YANG TERLIBAT
- Labuan
- Putrajaya
- Kuala Lumpur
GOLONGAN YANG TERPILIH
- Fakir
- Miskin
- Ar-Riqab
- Mualaf
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan diperlukan :
- Mestilah beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun
- Pendapatan adalah tertakluk kepada pengiraan had-al kifayah
TATACARA BUAT PERMOHONAN
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan diperlukan ,anda boleh mendapatkan borang permohonan bantuan MAIWP di laman web rasmi berikut :
2 Comments
knpbyk bntuan tgk msti utk yg tggal di wilayah je.
ReplyDeletedah nama pun maiwp nyah
Delete