Seperti yang kita lihat , pelbagai jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan serta disalurkan kepada golongan yang memerlukan seperti BPR , BKC , Batuan barang dapur serta lain-lain lagi. Bantuan ini disalurkan untuk meringankan beban kepada orang yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19.
Berita baik kepada golongan B40 , pihak JKM telah memberi kerjasama dengan kerajaan untuk memperkenalkan satu inisiaitf yang dapat memanfaatkan kepada golongan B40 dalam sebuah bantuan latihan perantis. Inisiatif ini dapat memberikan kemudahan kepada kanak-kanak dalam menerima bantuan JKM bagi memastikan kanak-kanak dapat latihan sambil belajar.
JUMLAH BANTUAN
Sekiranya pemohon lulus dalam membuat permohonan , kadar bayaran yang akan diberikan adlaah sebanyak :
- RM200 Sebulan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelyakan yang diperlukan dalam permohonan ini :
- Warganegara Malaysia
- Anak-anak yang menerima bantuan daripada institusi kebajikan
- Bekas pelatih perintah khidmat Malaysia atau
- Mana-mana kes yang bekeperluan dapat dipertimbangkan dengan mempunyai kelulusan daripada KPKM.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Di bawah kami akan kongsikan langkah-langkah untuk membuat permohonan :
- Salinan kad pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/anak yang tinggal bersama
- Salinanan sijil kelahiran anak-anak serta ahli yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Serta dokumen-dokumen lain diperlukan
CARA MOHON
- Pertama sekali sila layari laman web rasmi JKM di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Seterusnya , anda perlu klik pada "Daftar Permohonan Secara Atas Talian"
- Selanjutnya anda perlu lengkapkan ruang kosong yang diberikan
- Selepas sahaja siap membuat pendaftaran , sila hadir ke mana-mana cawangan JKM yang berdekatan dengan tempat tinggal dalam masa tempoh 14 hari selepas membuat pendaftaran secara atas talian
BORANG YANG BERKAITAN
I. JKM 18 Brang Permohonan Bantuan - DI SINI
II. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan - DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan bantuan kewangan RM200 sebulan , anda boleh terus hubungi di talian hotline 03-8000 8000 .
0 Comments