Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Sehingga RM2,000 Secara "One-Off"

 

Untuk makluman anda semua , bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran anda ke peringkat Institut Pengajian Tinggi Swasta  / Awam (IPTA/IPTS) untuk memasuki ke IPT Seluruh Malaysia dan diiktiraf kerajaan buat kali pertama , anda dinasihatkan untuk membuat permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT sehingga RM2,000  "One-Off" (BUDI) .

Permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT telah dibuka dan tarikh tutup pada 30 Oktober 2021. Permohonan ini juga boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu mohon secara manual atau mohon secara atas talian.

PERINCIAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT

Bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off (BUDI) adalah merupakan slaah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas , Sabah dalam mebantu pelajar untuk melanjutkan pengajian ke lebih tinggi buat pertama kali ke IPT/IPTS . 

Inisiatif ini diperkenalkan bertujuan untuk meringankan ibu bapa para pelajar khususnya yang terdiri daripada golongan B40 yang mempunyai pendapatan rendah.



SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan :

  • Terbuka kepada semua pelajar IPT/IPTS
  • Pelajar yang tidak melebihi daripada 25 tahun ke atas
  • Pelajar yang teridiri daripada golongan B40 (Pendapatan keluarga kurang daripada RM5,000)
  • Pelajar yang tidak layak menerima tajaan 
  • Pengesahan kemasukan ke IPT perlu disertakan dalam dokumen

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup bagi permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara "one-off" (BUDI) adalah seperti berikut

  • 31 Oktober 2021

CARA MOHON

Permohonan ini boleh dilakukan melalui laman web rasmi di https://budi.sabah.gov.my

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan permohonan bantuan pendaftaran IPT secara "one-off" (BUDI) , anda boleh terus hubungi di talian hotline 088 369 865 (Puan Rosni Leong) .

Post a Comment

0 Comments