Berita baik kepada anda semua khususnya golongan B40 , permohonan rumah sewa Projek Perumahan Rakyat ataupun dikenali sebagai PPR masih dibuka untuk membuat permohonan mengikut negeri yang layak.
Projek Perumahan Rakyat ataupun PPR ditubuhkan adalah untuk memenuhi keperluan tempat tinggal bagi mereka yang mempunyai sumber pendapatan yang rendah (B40) . Kementerian Perumahan , Jabatan Perumahan Rakyat dan Kerajaan Tempatan adalah merupakan agensi bagi projek-projek rumah PPR di Malaysia.
JENIS RUMAH PPR DI MALAYSIA
I. Rumah PPR Disewa
- ProjekPerumahan Rakyat atau PPR dapat meringankan beban mereka yang mempunyai pendpaatan rendah dengan menyewakan serendah RM124 Sebulan setelah diperkenalkan pada Februari 2002.
- Rumah PPR Dimiliki boleh didapat dengan harga sebanyak RM42,000 bagi seunit di Semenanjung Malaysia manakala Rumah PPR Dimiliki dengan harga RM35,000 bagi seunit di Sabah & Sarawak
- Rumah PPR Dimiliki yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah dapat mempunyai rumah sendiri
CIRI-CIRI RUMAH PPR
Untuk pengetahuan anda semua , kedua-dua rumah PPR yang dibina di bawah program PPR Disewa dan PPR Dimiliki akan dibentuk dengan melibatkan kos perumahan yang rendah ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan.
- Kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres
- Kawasan bandar besar adalah jenis rumah yang bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Keluasan adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan rumah - 1 ruang tamu , 1 ruang dapur , 2 bilik air dan 3 bilik tidur
Kemudahan Asas Yang Disediakan :
- Gerai Makan
- Surau
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Dewan Komuniti
- Rumah Sampah
- Taman Permainan
Anda boleh rujuk senarai projek Rumah PPR di laman web rasmi https://teduh.kpkt.gov.my/project
SYARAT PERMOHONAN
Berikut merupakan syarat - syarat yang perlu dipatuhi sekiranya ingin membuat permohonan :
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon yang berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 setiap bulan
- Pemohon yang belum lagi mempunyai rumah sendiri
CARA MOHON RUMAH PPR
I. Secara Manual
- Pemohon yang ingin membuat permohonan secara manual boleh dilakukan melalui Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR di https://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/133
- Pemohon yang ingin membuat permohonan secara atas talian boleh dilakukan melalui laman web rasmi di https://teduh.kpkt.gov.my/ . Sebelum itu , pemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN https://sprn.kpkt.gov.my/ dengan melengkapkan borang yang diberikan
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Rumah Sewa PPR , anda boleh terus rujuk maklumat yang kami akan berikan di bahagian bawah :

2 Comments
Sudah mohon dari 95 smpi sekarang masih menunggu
ReplyDeleteBantuan hariraya bila akn dibayar ye tuan?
ReplyDelete