Pada pembentangan Bajet Belanjawan 2022 , Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz telah memperkenalkan satu insentif kepada golongan belia melalui Program e-Start. Program e-Start adalah merupakan salah satu skim transaksi tanpa tunai.
Beliau juga berkata , tujuan Program e-Start diperkenalkan adalah untuk menggalakkan serta memupuk budaya transaksi tanpa tunai pada premis perniagaan. Selain itu , Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz telah menyatakan kerajaan menggalakkan pihak swasta untuk menyediakan elaun sebanyak RM900 bagi mahasiswa dan mahasiswi dalam menjalankan Latihan Industri (LI) di bawah syarikat mereka.
Jumlah elaun yang digalakkan sebanyak RM900 adalah sama seperti elaun kerajaan berikan kepada pelajar yang menjalanakan Latihan Industri (LI).
JUMLAH BANTUAN E-WALLET
Berikut adalah merupakan jumlah bantuan e-Wallet yang disediakan oleh kerajaan :
- Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan menerima bantuan sebanyak RM150 melalui e-Dompet
- Belia yang berumur 18-20 tahun akan menerima bantuan sebanyak RM150 melalui e-Dompet
PERUNTUKAN E-DOMPET
Pada siasaran secara langsung melalui pembentangan Bajet Belanjawan 2022 ,Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz telah mengatakan peruntukan e-Dompet akan melibatkan sebanyak RM300 juta yang akan dapat memanfaatkan kepada 2 juta penerima.
Kerajaan juga berharap dengan bantuan yang akan diberikan pelajar dapat menggunakan dengan perkara yang berfaedah seperti pembelian buku , alat tulis serta lain-lain .

INSENTIF UNTUK MAJIKAN
Untuk pengetahuan anda semua , kerajaan akan menyediakan insentif untuk majikan bagi mereka yang memberi gaji perantis kepada lepasan sekolah serta graduan :
- Pelajar yang lepasan sekolah ataupun graduan yang berumur 18-20 tahun akan menerima elaun sebanyak RM900 sebulan untuk 6 bulan
0 Comments