Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menubuhkan satu insiaitif kepada golongan suri rumah yang berada di luar sana. Program yang diperkenalkan adalah i-Suri ynag bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah sebagai sumbangan mereka pada keluarga yang tercinta.
FAEDAH I-SURI KWSP
Jika anda layak menerima bantuan suri rumah , manfaat yang anda terima adalah seperti berikut :
- Menerima bayaran daripada kerajaan sebanyak RM480/setahun
- Akan diberikan dividen tahunan
- Bantuan kematian sebanyak RM2500
- Caruman dalam apa-apa amaun serta apda bila-bila masa mengikut kemampuan mereka

SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan :
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam ekasih setakat 30 Jun 2018 termasuklah Isteri Kepada Isi Rumah (KIR) dan KIR Wanita Balu , Becerai , Bujang
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun
SIAPAKAH YANG MENCARUM?
Pemohon ini boleh dilakukan oleh pemohon yang :
- Isteri
- Suami kepada pasangan yang layak
CARA MOHON BANTUAN SURI RUMAH
Sebarang bentuk permohonan anda boleh lakukan di mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Dalam masa yang sama , anda perlu sentiasa membawa kad pengenalan semasa ingin membuat permohonan.Kaedah yang boleh dilakukan untuk mencarum adalah seperti berikut :
- Kaunter KWSP
- Ejen Bank Berdaftar
- Kaunter Ejen Bank
- Perbankan Internet
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan bantuan suri rumah , anda boleh hubungi di talian hotline 03 8000-8000 .
0 Comments