Menerusi penguguman bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin , Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 akan disalurkan kepada 1 juta usahawan dengan kadar bayaran sebanyak RM1000 pada Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Dalam menangani masalah Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mikro yang sangat memberi kesan kepada mereka. Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan bayaran tambah melalui Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 .
Untuk maklumat tambahan anda semua , pembayaran Geran Khas Prihatin akan dilaksanakan secara berperingkat yang mana pembayaran akan dilaksanakan bermula 21 September 2021.

PERINCIAN GKP 4.0
GKP ataupun nama sebenar Geran Khas Prihatin adalah merupakan bantuan di bawah kerajaan yang akan disalurkan kepada Perushaan Kecil & Sederhana Kecil Mikro secara One-Off bagi penerima yang berjaya dalam membuat permohonan.
Pada tahun lalu , GKP 1 dan GKP 2 sudah diperkenalkan oleh kerajaan akibat semua perusahaan kecil terpaksa tidak beroperasi untuk membendung wabak Covid-19 terus merebak di negara kita. Justeru itu, GKP Tambahan dan GKP Permai juga telah dilaksanakan sebagai insentif yang dapat meringangkan beban usahawan yang terjejas.
TARIKH PEMBAYARAN
Di bawah kami akan kongsikan berkenaan pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 :
- Fasa 1 : Bermula 21 September 2021
- Fasa 2 : November 2021 (Tarikh rasmi belum diumumkan)
KADAR BAYARAN
Berikut adalah merupakan kadar bayaran yang akan disalurkan kepada penerima yang layak mengikut fasa :
- Fasa 1 : RM500
- Fasa 2 : RM500

SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan GKP 4.0 yang diperlukan adalah seperti :
- Bukan penerima GKP sebelum ini
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia
- Pendapatan jualan setahun adalah di bawah RM300,000
- Berdaftar dengan agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) , Pihak Berkuasa Tempatan (BPT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Masih aktif menjalankan aktiviti perniagaan semasa membuat permohonan
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS
Anda boleh membuat semakan status melalui langkah-langkah yang diterangkan :
- Pertama sekali , layari laman web rasmi https://gkp.hasil.gov.my
- Log masuk dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan
- Status akan dipaparkan
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 , anda boleh terus rujuk melalui laman web rasmi di https://gkp.hasil.gov.my/ .
0 Comments