I-Citra KWSP : Semakan Tarikh Pembayaran Bermula November 2021




Seperti yang kita lihat bulan November sudah hampir kita masuk , mesti ramai yang akan terfikir-fikir berkaitan pembayaran i-Citra yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima masing-masing yang layak pada bulan November 2021. 
 
Pembayaran i-Citra adalah sama seperti dengan pembayaran i-Sinar yang mana pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima berdasarkan daripada tarikh kelulusan masing-masing. Di sini kami akan kongsikan maklumat lebih lanjut cara untuk membuat semakan status dan jadual pembayaran.

TAIKH PEMBAYARAN 

Untuk makluman anda semua , pembayaran i-Citra akan dilaksanakan bermula :

  • 1 November 2021 
  • Mengambil tempoh 1-3 hari bekerja

JADUAL PEMBAYARAN

Seperti yang anda terima maklumat , pembayaran i-Citra adalah sama seperti i-Sinar , Sekiranya anda menerima pembayaran bulan pertama pada 1 September maka pembayaran bulan seterusnya anda akan menerima bayaran pada tanggal 2 hari bulan.

Apabila anda tidak menerima bayaran mengikut tarikh yang telah ditetapkan , anda akan menerima bayaran dalam tempoh maksimum 2 minggu sebelum akhir bulan. Menurut kenyataan rasmi pihak KWSP ,pemohon boleh membuat semakan status pembayaran terkini.

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS

Semakan status pembayaran ini boleh dilakukan melalui 2 cara samada I-Citra ataupun i-Akaun :

  • Layari laman web rasmi https://icitra.kwsp.gov.my/
  • Anda perlu klik paad bahagian "Semak Status"
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  • Status pembayarann akan dipaparkan 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran i-Citra , anda boleh rujuk melalui laman page Facebook rasmi KWSP .




Post a Comment

0 Comments