Semakan Pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500 Bermula 26 Oktober 2021

 

Sebanyak RM 500 Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan diberikan secara "one-off" yang dapat memberikan manfaat  kepada hampir 870,000 individu yang kehilangan pendapatan pada tahum ini menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya juga, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) ini melibatkan dana kewangan sebanyak RM 434 juta. Hal ini bagi sentiasa memastikan Kesejahteraan Keluarga Malaysia dapat dicapai melalui pelbagai aspek.

Melalui data daripada Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan dirujuk bagi memastikan pekerja yang kehilangan pendapatan akan menerima bantuan BKP ini.

Semakan status Kelulusan bantuan ini boleh dibuat bermula esok melalui laman web rasmi iaitu Portal BKP https://bkp.hasil.gov.my

Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam memastikan Keluarga Malaysia berada dalam kesejahteraan terutama kepada mereka yang terjejas akibat era pandemik Covid-19 ini.

Diharapkan bantuan BKP ini serta bantuan tunai lain yang telah disediakan dapat mengurangkan beban kewangan masyarakat dalam menempuhi cabaran era ini. 

KADAR BANTUAN BKP

  • Dengan bayaran secara "one-off" akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pendapatan sebanyak RM 500.

CARA SEMAKAN & PERMOHONAN BKP

Untuk makluman, tiada sebarang permohonan yang dibuka bagi bantuan BKP ini.

Data peenerima akan disemak sendiri oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memastikan mereka yang layak akan menerima bantuan ini. 

Post a Comment

0 Comments