Seperti sedia maklum , Bantuan Khas Covid-19 bagi Fasa 1 telah dikreditkan kepada penerima yang layak bermula 6 September dan berakhir pada 10 September 2021. BKC mempunyai 3 fasa dalam melaksanakan pembayaran tetapi tidak semua kategori yang akan menerima bayaran dalam 3 fasa ini.
Di bawah kami akan kongsikan lebih lanjut berkenaan pembayaran BKC Fasa 2.
PERINCIAN BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyalurkan kepada rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sehingga akhir tahun 2021.
KADAR BANTUAN MENGIKUT KATEGORI
Berikut adalah merupakan kadar bantuan yang akan diterima mengikut kategori :
- Miskin Tegar - Permohonan BPR 2021
- B40 - Permohonan BPR 2021
- M40 - Percukaian (LHDNM)


JUMLAH BANTUAN BKC FASA 2
Berikut adalah merupakan jumlah bantuan BKC Fasa 2 megikut kategori :
- Isi Rumah kategori miskin akan menerima bayaran sebanyak RM500 pada bulan september (Fasa 1) , RM500 pada bulan November (Fasa 2) dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3)
- Kategori bujang miskin tegar akan menerima bayaran sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1) , RM300 pada bulan November (Fasa 2)
- Isi rumah kategori B40 akan menerima bayaran sebanyak RM500 pada bulan ogos (Fasa 1) , dan RM300 pada bulan November (Fasa 2)
- Kategori bujang B40 akan menerima bayaran sebanyak RM200 pada bulan september (Fasa 1)
- Isi rumah kategori M40 akan menerima bayaran sebanyak R250 , manakala bagi kategori bujang M40 telah menerima bayaran pada September (Fasa 1)
TARIKH PEMBAYARAN BKC FASA 2
Seperti yang anda tahu , BKC mempunyai 3 fasa
- Fasa 1 : Setpember 2021
- Fasa 2 : November 2021
- Fasa 3 : Disember 2021


SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC FASA 2
Di bawah kami akan kongsikan cara untuk membuat semakan status pembayaran BKC Fasa 2 :
- Pertama sekali , layari laman web portal rasmi BKC di https://bkc.hasil.gov.my
- Sila klik pada log masuk ataupun semakan status
- Seterusnya , masukkan no kad pengenalan
- Pastikan membuat pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Maklumat akan dipaparkan
- Paparan borang
- Maklumat pembayaran
- Amauan keseluruhan diterima
- Status permohonan
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pembayaran BKC Fasa 2 , anda boleh terus hubungi di talian hotline BKC 1-800-88-2747 .
0 Comments