Menteri kewangan Tengku Zafrul baru-baru ini mengumumkan bantuan terbaru di bawah pakej PEMERKASA yang akan diberikan oleh pihak kerajaan.
Program Prihatin Kasih yang mana memperuntukan sebanyak RM100 juta dan akan memberikan manfaat sekitar 300,000 penerima isi rumah.
Program Prihatin Kasih adalah sebuah program perintis yang dapat menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar. Program Prihatin Kasih ini juga melalui kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad.
KADAR BANTUAN
Berikut adalah merupakan kadar bantuan yang akan disalurkan:
Bantuan sebanyak RM 100 untuk 3 bulan
Bantuan bermula pada 1 Julai 2021


PEMBELIAN BARANGAN ASAS
Antara barangan asas yang boleh dibeli melalui Bantuan ini adalah:
Makanan dalam tin
Susu bayi
Beras
Minyak masak
Telur
Dan barangan sebagainya
Lebih daripada 300 rantaian barangan pasaraya yang boleh dibeli:
Mydin
Giant
Econsave
The Store
Melimewa
Pasific
99 Speedmart
Lotus Store (TESCO)
Kedai-kedai runcit yang lain
PENGGUNAAN MYKAD/MYKASIH
Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar Mykad atau MyKasih mereka di kedai runct yang mengambil bahagian dalam Bantuan ini.
Mereka dapat memilih pelbagai jenis barangan menerusi sepuluh kategori produk yang diluluskan.
Bagi mengelakkan penyalahgunaan, penggunaan pengimbasan kod bar unik di tempat penjualan akan memastikan hanya barangan makanan penting sahaja yang diluluskan boleh dibeli.


CARA MEMOHON PENDATARAN BARU
Rujuk link berikut untuk mengetahui pemohon pendaftaran baru
Cara memohon pendaftaran baru KLIK SINI
MEMBUAT SEMAKAN STATUS
Rujuk link berikut untuk membuat semakan status:
Cara membuat semakan status KLIK SINI
MAKLUMAT LEBIH LANJUT
Sebarang pertanyaan lanjut tentang Bantuan ini, anda boleh terus menguhubungi di talian hotline laman web PrihatinKasih


0 Comments