Menteri Kewangan , Tengku Zafrul Aziz telah mengugumkan bahawa kerajaan telah menyediakan satu bantuan yang terbaru melalui Program Prihatin Kasih untuk rakyat Malaysia yang terjejas. Bantuan ini akan melibatkan dana peruntukan sebanyak RM100 Juta yang akan memberikan manfaat kepada 300,00 isi rumah golongan miskin secara tanpa tunai iaitu melalui Mykad.
Program Prihatin Kasih adalah merupakan salah satu sebuah program perintis yang akan dilaksanakan melalui saluran bantuan berbentuk bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar. Pembayaran ini akan dilaksanakan melalui Mykad secara tanpa tunai.
TARIKH PERLAKSANAAN
Untuk pengetahuan anda semua , tarikh perlaksanaan bantuan ini adalah mengikut negeri-negeri yang telah ditetapkan seperti :
- Selangor & KL : Julai - September 2021
- Kelantan , Johor , Pulau Pinang , Kedah , Perlis , Perak , Melaka dan Terengganu : Ogos - Okt 2021
- Negeri Sembilan , Labuan , Pahang , Putrajaya , Sabah dan Sarawak : Sept - Nov ataupun Okt - Dis 2021
TEMPAT BARANGAN BOLEH DITEBUS
Anda boleh menggunakan Mykad anda untuk membeli barangan dapur di tempat yang telah ditetapkan seperti :
- Mydin
- Giant
- Econsave
- Milimewa
- The Store
- Pacific
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (TESCO)
CARA BUAT SEMAKAN
Semakan boleh dibuat melalui langkah-langkah yang diterangkan di bawah seperti :
- Layari laman web portal rasmi https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx
- Isi nombor kad pengenalan
- Anda perlu masukkan nombor Captcha yang disediakan
- Status akan dipaparkan
- Jika anda layak , sms akan dikirimkan melalui Mykasih
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Prihatin Kasih , Anda boleh terus rujuk di SINI .
0 Comments