GKP 4.0 Fasa 2 : Semakan Pembayaran Bermula 23 November 2021


Berita baik untuk anda semua , baharu sahaja kerajaan telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 bagi fasa 2. Pembayaran ini akan memberikan impak yang positif kepada perniaga disamping dapat meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Kerajaan menyediakan insentif kepada para PKS Mikro adalah untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Perkara ini dilaksanakan melalui di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang telah dilancarkan pada Jun yang lepas.

Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 bagi fasa 2 dijangkakan dapat memberikan manfaat kepada seramai 1 juta PKS Mikro yang lulus dalam permohonan.

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran ini telah dikeluarkan menerusi kerajaan dimana tarikh bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 bagi fasa 2 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima bermula 

  • 23 November 2021 (Selasa)

KADAR BAYARAN

Untuk makluman semua , kadar bayaran yang akan diberikan bagi fasa 2 adalah sebanyak 

  • RM500 
  • Pembayaran ini adalah merupakan bayaran lanjutan daripada fasa 1 RM500 yang telah dikreditkan ke dalam akaun bank penerima pada September 2021
  • Secara keseluruhannya , pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 sebanyak RM1000 dan telah dilaksanakan secara 2 fasa yang mana setiap fasa akan dilaksanakan sebanyak RM500

CARA BAYARAN

Di bawah kami akan kongsikan berkenaan cara pembayaran :

Pembayaran GKP ini akan dilaksanakan melalui dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang telah didaftarkan pada permohonan baharu ataupun bank persendirian penerima yang telah sedia ada seperti GKP 1.0 , GKP 2.0 , GKP 3.0 

SIAPAKAH YANG BAKAL TERIMA?

Penerima bantuan GKP 4.0 bagi fasa 2 adalah merupakan penerima yang sedia ada seperti GKP 1.0 , GKP 2.0 , GKP 3.0 , GKP Rayuan dan penerima yang lulus dalam membuat permohonan baharu.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembayaran GKP 4.0 bagi fasa 2 , anda boleh terus rujuk melalui laman web portal rasmi di gkp.hasil.gov.my .

Post a Comment

0 Comments