Untuk makluman anda semua , Caruman Syer Pekerja bagi KWSP telahpun diturunkan kepada 9% . Perkara ini akan menjadi tanda tanya adakah gaji pekerja semakin menaik daripada sebelumnya.
Pada pembentangan Bajeet Belanjawan 2022 yang telah diadakan baru-baru ini. Kerajaan memahami rakyat yang terkesan dengan sumber pendapatan disebabkan pandemik Covid-19 yang sangat memberi impak yang besar.
Oleh itu, kerajaan telah bersetuju bagi pihak KWSP melanjutkan pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% akan diturunkan kepada 9% bermula dari sekarang sehingga 22 Jun 2022. Perkara ini turut akan melibatkan anggaran nilai sehingga 2 billion ringgit.

KADAR CARUMAN 11%
Berikut adalah merupakan cara untuk mengekalkan caruman anda dengan 11% :
- Muat turun borang KWSP 17A (KHAS 2021)
- Isi borang dengan lengkap serta hantar kepada majikan
- Majikan perlu menyimpan borang sebagai rekod
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kadar caruman , anda boleh terus hubungi pihak KWSP di talian hotline 03-896226000 .
0 Comments