BANTUAN KHAS
Melalui Pembentangan Bajet 2022. Pihak kerajaan telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 manakala RM350 kepada sejuta golongan pesara
Dalam pembentangan Bajet 2022 yang berlangsung di Dewan Rakyat pada jumaat lalu. Pelbagai bantuan Khas Kewangan telahpun diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam pemberian bantuan ini, melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 1.3 bilion. Hal ini bagi memberikan manfaat kepada mereka yang layak.
Bantuan ini juga adalah sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan pejawat awam yang menggalas tanggungjawab dalam mengharungi pelbagai cabaran dalam era pandemik ini.
Oleh itu, berikut adalah merupakan kadar bayaran yang akan diterima kepada mereka yang layak:
- Pejawat awam akan menerima bantuan sebanyak RM 700
- Golongan pesara akan menerima bantuan sebanyak RM 300
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Individu yang berumur antara 18 hingga 65 tahun
- Bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
- OKU yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
BEBERAPA INISIATIF TURUT DIUMUMKAN
- Gantian cuti rehat dinaikkan kepada 160 hari
- Penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari
- Kadar Bayaran Insentif Pengawasan Banduan ditingkatkan 200 ringgit sebulan
- Cuti tanpa rekod maksimum 5 hari setahun
- Bayaran insentif sebanyak 200 ringgit kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14
4 Comments
Tolonglah kerajaan bagi bantuan YG boleh sampai kpd senua tak kira sape pun Dan tolonglah menteri n perdana menteri luluskan one off kwsp Dan beri kali terakhir untuk rakyat dimana semua susah termssuk saya sendiri.. ORANG YG bekerja gaji tiap Bulan mana tahu peritnya hidup rakyat susah skg ni
ReplyDeleteRamai Rakyat Akan tertekan Dan marah jika kwsp 10 k one off tidak dapat pada rakyat...tolong bantu wahai kerajaan n menteri senua
ReplyDeletePada kerajaan bagilah pada apa yg kita pinta "one off kwsp"....Janganlah terlalu digembar-gemburkan utk bantuan yang kami tidak layak. Contohnya saya M40 yang kena cukai adalah isteri saya...yang gajinya terlebih sehingga dicukai adalah isteri saya.......yang sakitnya adalah saya sbb makan gaji hari ada kerja ada gaji tak ada kerja tak ada gaji. Masa sekaranglah kerja kurang jadi masa ini juga segala bantuan kerajaan saya tak dapat cuma "bantuan covid rm250" itupun masuk akaun isteri. Jadi apalah saya sebagai ketua keluarga yg wajib memberi sara hidup pada anak-isteri langsung tak dapat sebarang bantuan kerajaan. Harapan besar saya hanyalah "ONE OFF KWSP"...harapan hanya pada kerajaan untuk kami gunakan duit kami sendiri melalui kwsp one off...wasallam
ReplyDeletePenipu bkc x dapat ² pun ckp bulan 11 ni dah bulan 12, x masuk2 lg die blh makan sedap2 kite sekat sane sekat sini,penipu la
ReplyDelete