Untuk pengetahuan anda semua , bulan Disember 2021 ini adalah merupakan bulan yang terkahir untuk pembayaran i-Citra semenjak pengeluaran kemudahan i-Citra dari bulan Ogos. Mesti ramai yang akan tertunggu-tunggu dengan pembayaran bulan yang terakhir iaitu Disember.
Walaupun ramai yang ingin membuat pengeluaran i-Citra sehingga RM10,000 secara one-off tetapi perkara ini tidak dibentangkan pada Bajet Belanjawan 2022. Hal ini dapat menimbulkan perasaan marah di kalangan rakyat lebih-lebih lagi golongan yang terjejas.
Pembayaran i-Citra sebanyak RM1,000 untuk setiap bulan ini dapat memberikan manfaat dari segi perbelanjaan barangan dapur , bayaran bil yang tertunggak serta bil utiliti. Perkara ini sangat membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
JUMLAH BAYARAN
Pembayaran kemudahan i-Citra ini akan dilaksanakan selama 5 bulan dengan pembayaran setiap bulan adalah sebanyak
- RM1000
- Secara keseluruhannya RM5000 bagi 5 bulan
TARIKH PEMBAYARAN
Buat masa sekarang , pihak Kumpulan Wang Simpanana Pekerja (KWSP) belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi tarikh pembayaran i-Citra bagi bulan Disember.
Walaubagaimana pun , pembayaran ini adalah sama seperti dengan bayaran bulan yang lepas seperti
- 1 Disember 2021 (Tarikh pembayaran akan dikemaskini jika terdapat perubahan)
- Pembayaran melibatkan 1-3 hari waktu bekerja berdasarkan bank masing-masing
CARA MEMBUAT SEMAKAN
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan pembayaran i-Citra :
- Layari laman web portal rasmi I-Akaun KWSP
- Log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan
- Sila klik pada bahagian "Pengeluaran"
- Seterusnya , klik pada bahagian "Sejarah Pengeluaran"
- Anda perlu klik pada paparan "I-Citra"
- Tarikh pembayaran i-Citra akan dipaparkan
2 Comments
saya memerlukan bantuan dari kerajaan
ReplyDeleteketogeri bujang apa pun x dak malang sungguh.
ReplyDelete