Untuk pengetahuan anda semua , perkara ini adalah khas untuk penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC ) yang layak bagi fasa 3 tetapi tidak mempunyai akaun bank untuk menerima bayaran.
Panduan ini adalah penting kerana segelintir penerima Bantuan Khas Covid yang tidak ada sama sekali akaun bank untuk menerima bayaran.
TARIKH PENEBUSAN
Pada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan penebusan pembayaran BKC ini boleh dibuat bermula
- 20 Disember 2021
PERINCIAN PENEBUSAN
Nombor baucar ini adalah akan diberikan kepada golongan penerima yang tidak mempunyai akaun bank ataupun gagal dikreditkan ke dalam akaun bank mereka. Oleh itu , dengan baucar yang diberikan dapat membuat tebusan pembayaran BKC secara tunai melalui kaunter cawangan BSN.
CARA MEMBUAT SEMAKAN
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan status baucar BKC
- Pertama sekali , anda perlu layari laman web rasmi di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
- Sila masukkan nombor Kad Pengenalan dan Captcha
- Seterusnya klik pada semakan
- Klik pada bahagian ruang baucar
- Nombor baucar akan dipaparkan
CARA TEBUS
- Penebusan ini boleh dibuat setelah nombor baucar diberikan
- Hadir di mana-mana cawangan BSN
- Pastikan anda membawa kad pengenalan
0 Comments