Permohonan Bantuan Kewangan RM600 Untuk Rakyat Malaysia Ditutup Pada 31 Disember 2021

Makluman anda semua , bantuan kewangan sehingga RM600 ini bakal ditutupkan permohonan pada hujung bulan 2021 ini. Sebelum permohonan ditutup anda perlu memohon permohonan bantuan kewangan yang disediakan.

Bantuan kewangan ini adalah melalui program KerjayaGig yang telah disediakan oleh kerajaan untuk diberikan kepada rakyat berkelayakan untuk menerima bantuan ini. Insentif ini telah diperkenalkan pada tahun lalu oleh pihak kerajaan.

PERINCIAN PROGRAM KERJAYAGIG

Program KerjayaGig ini diperkenalkan adalah untuk dapat meperluaskan lagi pengambilan pekerja melalui PenjanaKerjaya 2.0 untuk diberikan kepada rakyat yang kehilangan pekerjaan.

TARIKH MOHON

Untuk pengetahuan semua , tarikh permohonan ini telah dibuka pada

  • 15 Julai - 31 Disember 2021

KADAR BANTUAN

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan yang akan diberikan kepada penerima yang layak :

  • RM600 setiap bulan selama 6 bulan untuk setiap orang

SYARAT KELAYAKAN

Di bawah kami akan kongsikan syarat kelayakan yang dierplukan untuk permohonan bantuan kewangan ini :

  • Individu yang berdaftar dengan PERKESO setelah kehilangan pekerjaan
  • Berumur 18 tahun sehingga 60 tahun sahaja
  • Diberikan notis cuti tanpa gaji walaun pekerja Formal yang berdaftar dengan PERKESO

CARA MOHON

Permohonan ini boleh dibuat melalui 2 kaedah yang akan diterangkan di bawah :

1. Pertama sekali , layari lawan web rasmi My Future Jobs di https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/

2. Daftarkan pekerja melalui laman web rasmi PERKESO https://www.perkeso.gov.my/

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan melalui program KerjayaGig , Anda boleh terus hubungi di talisn hotline 1-300-22-8000.


Post a Comment

0 Comments