BKM 2022 : Semak Status Dan Tarikh Pembayaran Bagi Kategori Bujang


Seperti yang kita lihat , golongan yang terdiri daripada kategori bujang adalah merupakan golongan yang diutamakan oleh kerajaan untuk diberikan sumbangan. Kita boleh melihat menerusi pada Bajet Belanjawan 2022 terdapat pelbagai insentif untuk kategori bujang bagi tahun 2022.

Di bawah kami akan kongsikan maklumat lebih lanjut mengenai bantuan kewangan untuk kategori bujang.

MOHON DAN KEMASKINI BKM 2022

Makluman anda semua , permohonan Bantuan Keluarga Malaysia bagi kategori bujang telah tutup pada 31 Januari 2022 yang lepas. Tetapi anda boleh membuat semakan status melalui laman web rasmi BKM 2022 di :

KADAR BANTUAN

Jumlah bantuan maksimum bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 adalah sebanyak RM2,500 bagi isi rumah sahaja termasuklah bantuan tambahan.

Jumlah bantuan untuk kategori bujang adalah berbeza seperti :

1. Bujang & mempunyai pendapatan di bawah RM2,500

  • Bantuan diberikan sebanyak RM350

2. Warga emas serta tiada pasangan (Duda , Balu & Janda tiada anak) yang mempunyai pendapatan di bawah RM5,000

  • Bantuan diberikan sebanyak RM600
3. Kategori ibu atapun bapa yang mempunyai anak dengan menepati syarat
  • Bantuan diberikan sebanyak RM500

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran BKM 2022 ini akan dilaksanakan secara berfasa dengan melibatkan 4 fasa yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Pembayaran untuk fasa pertama dijangkakan akan dilaksanakan pada Mac 2022.

KAEDAH PEMBAYARAN

Berikut adalah merupakan kaedah pembayaran yang akan dilaksanakan seperti berikut :

1. Tiada akaun bank 

  • Boleh tuntut wang tunai di cawangan BSN yang berdekatan dengan tempat tinggal
2. Mempunyai akaun bank & berjaya dikreditkan
  • Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan
3. Mempunyai akaun bank tetapi gagal kredit
  • Tuntut wang tunai di kaunter BSN yang berdekatan


Post a Comment

4 Comments