BKM 2022 Fasa 1 : Semakan Pembayaran Isi Rumah & Bujang Bermula 15 Mac 2022


Bantuan Keluarga Malaysai (BKM) adalah merupakan sebuah bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk diberikan golongan yang memerlukan dengan bertujuan untuk meringankan beban mereka lebih-lebih lagi yang berpendapatan rendah.

Pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dilaksanakan secara berfasa iaitu mempunyai empat fasa . Pembayaran ini akan dilaksanakan pada bulan Mac , Jun , September & Disember 2022. Kami akan kongsikan maklumat lebih lanjut mengenai jadual dan tarikh pembayaran BKM 2022.

JADUAL BAYARAN BKM 2022

Berikut adalah merupakan jadual pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 :

1. Fasa 1 

  • 15 Mac 2022
  • Kategori isi rumah 
  • Warga emas bujang / tiada pasangan
  • Bujang
2. Fasa 2
  • Jun 2022
  • Isi Rumah
  • Warga emas bujang / tiada pasangan
3. Fasa 3 
  • September 2022
  • Isi Rumah
  • Warga emas bujang / Tiada pasangan
  • Bujang
4. Fasa 4
  • Disember 2022
  • Isi Rumah 
  • Warga emas bujang / Tiada pasangan


TARIKH PEMBAYARAN

Untuk pengetahuan anda semua , pembayaran BKM 2022 ini dijangkakan mula dikreditkan kepada penerima pada 15 Mac 2022 dengan secara berperingkat. (Tertakluk berdasarkan pindaan dari semasa ke semasa)

CARA MOHON

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Anda perlu layari lawan web portal rasmi di https://bkm.hasil.gov.my/

TARIKH MOHON

Untuk tarikh permohonan telah ditutup setelah tarikh permohonan dibuka dilaksanakan pada 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022 (Berdasarkan pindaan dari semasa ke semasa).

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembentangan bajet belanjawan 2022 , anda boleh terus layari laman web portal rasmi di Kementerian Kewangan Malaysia https://budget.mof.gov.my/2022/ .

Post a Comment

2 Comments