Pembayaran Bantuan Kerajaan BKM Fasa 1 Dikreditkan Pada 28 Mac 2022


Makluman anda semua , seramai 8.6 juta penerima akan menerima pembayaran sebanyak RM100 sehingga RM300 mengikut kelayakan yang telah ditetapkan melalui BKM Fasa 1 2022.

Untuk memastikan tiada sebarang yang akan tercicir daripada menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) , penelitian ini dibuat oleh LHDN.

Maklumat tambahan , terdapat seramai 12 juta pemohon telah ditapis oleh LHDN untuk memastikan sama ada layak atau tidak bagi menerima bantuan kewangan kerajaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Anda perlu membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui tarikh & jadual pembayaran bantuan kewangan kerajaan BKM Fasa 1 2022.



PENERIMA BKM 2022

1. Isi Rumah 

  • Kahwin (Ada atau Tiada Anak) ; atau
  • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang atau
  • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak serta
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas
3. Bujang
  • Bujang atau
  • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak serta
  • Had Umur 21 tahun hingga 59 tahun ataupun
  • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas

TARIKH PEMBAYARAN

Seperti yang kita tahu , kerajaan akan melaksanakan pembayaran bantuan BKM 2022 iaitu secara berfasa dengan melibatkan 4 Fasa yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022. Pembayaran bagi BKM Fasa 1 adalah bermula pada

  • 28 Mac 2022


Post a Comment

0 Comments