
Berita baik kepada anda semua , kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan satu insentif Program I-Sejahtera yang merupakan satu sumbangan penghargaan berbentuk kewangan kepada rakyat Pulau Pinang.
Bantuan ini akan dilaksanakan secara setahun sekali untuk penerima yang layak . Penerima yang layak ini adalah berdasarkan daripada golongan kategori warga Emas , Orang Kurang Upaya (OKU) , ibu tunggal , suri rumah , serta bayi yang berumur 2 tahun ke bawah.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk program i-Sejahtera :
- Warganegara Malaysia
- Pemohm merupakan pengundi di Pulau Pinang (Kecuali bagi Program OKU)
JUMLAH BAYARAN SATU (1) KALI SETAHUN
Berikut merupakan jumlah bantuan yang akan diberikan kepada penerima yang layak berdasarkan mengikut kelayakan :
- Program Penghargaan Warga Emas : RM100
- Program Ibu Emas : RM100
- Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100
- Program Bantuan OKU : RM150
BAYARAN ONE OFF
- Program Anak Emas : RM200
- Khairat Kematian : RM1000
I. Program Penghargaan Warga Emas
Syarat Mohon :
- Berumur 60 tahun dan ke atas
- Telah berdaftar di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang https://mysprsemak.spr.gov.my/
- Berstatus Warganegara Malaysia
- Telah berdaftar di bawah Suruhanyaa Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang https://mysprsemak.spr.gov.my/
- Kematian suami atau bercerai
- Tidak berkahwin semula
- Mempunyai sekurangnya seorang anak
- Berumur di bawah 60 tahun semasa mendaftar
3. Program Suri Rumah
Syarat Mohon :
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia
- Berdaftar di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang https://mysprsemak.spr.gov.my/
- Wanita yang masih berumah tangga
- Berumur di bawah 60 tahun semasa mendaftar
- Pemohon srui rumah ataupun tidak mempunyai pendapatan yang tetap
Syarat Mohon :
- Pemohon yang berwarganegara Malaysia
- Menetap di negeri Pulau Pinang
- Seorang OKU yang telah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Syarat Mohon :
- Anak merupakan warganegara Malaysia
- Anak berumur kurang 2 tahun dari tarikh yang dilharikan
- Ibu/Bapa kepada anak perlu berdaftar di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang https://mysprsemak.spr.gov.my/
LANGKAH DAFTAR PROGRAM I-SEJAHTERA
Untuk pengetahuan anda semua , pendaftaran program i-Sejahtera ini boleh dibuat melalui secara online melalui laman web portal rasmi i-Sejahtera. Ikuti Langkah - langkah untuk membuat pendaftaran Program i-Sejahtera.
- Anda perlu membuat semakan No Kad Pengenalan
- Anda perlu pilih program penghargaan bagi mendaftar id dan kata laluan
- Log masuk dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan
- Pastikan borang yang diberikan dengan lengkap serta muatnaik dokumen - dokumen yang diperlukan
SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN BARU
Anda boleh membuat sebarang semakan status ataupun ingin membuat permohonan melalui laman web portal rasmi i-Sejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/semakan.php
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan program i-Sejahtera , anda boleh terus rujuk di laman web portal i-Sejahtera https://isejahtera.penang.gov.my/semakan.php
0 Comments