Untuk pengetahuan anda semua , tahun lalu sehingga tahun ini anda boleh buat permohonan rumah mampu milik seperti , Myhome , rumah transit dan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) . Jika anda berkelayakan boleh membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara ataupun dikenali sebagai SPRN.
Selain itu , TEDUH berfungsi sebagai untuk mengongsikan maklumat dengan mencari berkenaan dengan projek - projek mahupun program - program perumahan awam dan sawasta di negara kita.
Dalam modul portal TEDUH adalah Sistem Pengurusan Perumahan Negara ataupun dikenali sebagai SPRN yang akan memberikan pintu "one - stop centre" kepada rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan.
Anda perlu membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui cara - cara membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN).
DAFTAR SECARA ATAS TALIAN SPRN
- Pertama sekali , anda perlu layari laman web rasmi SPRN di https://sprn.kpkt.gov.my/ untuk membuat pendaftaran
- Seterusnya , klik pada "Daftar Akaun"
- Masukkan nama dan emel untuk digunakan
- Daftar serta semak untuk membuat pengesahan
Skim yang anda boleh membuat permohonan melalui SPRN adalah seperti
- Skim SPP
- Skim MyHome
- Skim Rumah Transit
- Skim Rumah PPR
CARA MOHON
Makluman anda semua , permohonan ini hanyalah boleh dibuat secara atas talian. Tambahan pula , KPKT telah mengugumkan bahawa sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.
PROSES MOHON
I. Daftar akaun
- Pendaftaran ini anda boleh buat melalui laman web portal rasmi di https://sprn.kpkt.gov.my/
- Pastikan anda log masuk dengan maklumat nama , kad pengenalan dan alamat emel dan klik "Daftar"
II. Cara membuat pengesahan
- Individu akan menerima email dari Pendaftaran Akaun SKim Perumahan Mampu Milik bagi membuat pengaktifan akaun yang telah didaftarkan
- Pemohon perlu klik pada pautan yang bewarna biru untuk pengaktifan akaun
- Anda perlu masukkan kata laluan
- Pastikan masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan serta log masuk
- Pastikan anda pilih skim perumahan yang telah ditawarkan mengikut kelayakan
- Anda perlu klik pada pautan maklumat pemohon
- Pastikan anda mengisi maklumat pemohon dan klik butang "simpan"
- Klik pautan untuk membuat permohonan projek
- Dokumen sokongan ini anda boleh dapat melalui muat naik dokumen sokongan
- Anda boleh klik pautan pada Pengesahan untuk menghantar borang permohonan
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan ini adalah berdasarkan skim yang anda ingin mohon , syarat kelayakan ini adalah berbeza - berbeza mengikut skim yang telah ditetapkan.
SKIM RUMAH PPR SERENDAH RM124 SEWAAN SEBULAN
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia
- Berumur hendaklah 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah sebulan di bawah RM3,000
- Belum memilik rumah sendiri
SKIM SPP
- Permohonan serta pasangan merupakan warganegara Malaysia
- Berumur mestilah 21 tahun hingga 70 tahun
- Pemohon dan pasangan yang tidak mempunyai rumah sendiri
- Mmepunyai pekerjaan dengan berpendapatan
- Pemohon dan pasangan adalah bukan pekerja kakitangan kerajaan ataupun pesara
- Jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM3,000
- Mempunyai tanah sendiri ataupun ahli keluarga yang terdekat
SKIM RUMAH TRANSIT (SPRN)
- Pemohon serta pasangan yag merupakan warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun sehingga 30 tahun
- Pemohon yang tidak mempunyai rumah di kawasan / negeri rumah transi yang telah dimohon
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000
- Tidak mempunyai sebaranag rekod jenayah
- Pemohon merupakan bekerja di kawasan / negeri transit rumah yang dimohon
SKIM MYHOME
- Merupakan warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah di bawah RM10,000
- Berumur mestilah di atas 21 tahun
- Pembelian rumah bagi isi rumah pertama . Sekiranya pasagan sama ada suami mahupun isteri mempunyai rumah bagi isi rumah adalah tidak layak
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan , anda boleh terus merujuk kepada
- https://teduh.kpkt.gov.my/project
- 03-8891 4475
0 Comments