Bantuan Tunai Berjumlah RM8,000 Mula Dibayar Pada April 2022

 

Tahukah anda semua , terdapat satu bantuan yang anda boleh terima secara automatik tanpa membuat sebarang permohonan. Tujuan bantuan ini diperkenalkan adalah untuk memastikan kesejahteraan rakyat serta meringankan beban mereka yang mengalami masalah kewangan.

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

PERINCIAN MYSALAM

Perkara yang dimaksudkan di atas adalah Mysalam dimana merupakan salah satu inisiatif skim Takaful Perlindungan Kesihatan Percuma akan menyediakan takaful perlindungan kepada golongan yang memerlukan khususnya yang berpendapatan rendah untuk menerima Dana Amanah Mysalam.

Perlindungan takaful ini akan memberikan manfaat kepada golongan yang berpendapatan rendah bagi memudahkan kehidupan mereka untuk menjalani kehidupan dengan normal jika berhadapan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihadapi.

JUMLAH BANTUAN

Penerima yang berkelayakan akan menerima bantuan daripada Mysalam sebanyak 

  • RM8000 secara "one-off" yang akan diberikan dalam masa yang diumumkan
  • RM700 setahun ataupun menerima bayaran dalam tempoh masa selama 14 hari dengan jumlah bayaran RM50 sehari

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan daripada Mysalam :

  • Individu yang berumur 18 tahun sehingga 65 tahun dan mempunyai pasangan
  • Individu yang berumur 40 tahun sehingga 65 tahun dan mempunyai pasangan dengan berpendapatan di bawah RM24,000 setahun
  • Individu OKU yang berumur 18 sehingga 65 tahun dengan berpendapatan di bawah RM24,000 setahun

CARA DAFTAR MYSALAM 2022

Makluman anda semua , sebarang permohonan tidak dibuka kerana penerima yang layak berdasarkan semakan akan dibuat dengan menggunakan data seperti BSH / BPR / BKM.

Panduan di bawah akan diterangkan mengenai penerimaan bantuan Mysalam :

  • Penerima BSH,BPR dan BKM secara automatik akan dimasukkan ke dalam sistem Mysalam
  • Penerima yang layak akan dimaklumkan melalui SMS bermula 1 Mac 2019
  • Semakan kelayakan ini boleh dibuat melalui laman web portal rasmi Mysalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/

JENIS PENYAKIT KRITIKAL

Kami akan kongsikan di bawah pautan yang anda boleh rujuk untuk mengetahui senarai penyakit kritikal yang dipaparkan :

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan Mysalam , anda boleh rujuk terus di talian hotline 1-300 888 938 ataupun emel ke [email protected] .


Post a Comment

0 Comments