Mohon Rumah Harapan Rakyat Deposit Serendah RM3,500 ~ Mohon Sebelum 30 April 2022 !

Tahukah anda semua , sebuah inisiaitf telah diperkenalkan pada bajet belanjawan 2022 untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah bagi memiliki sebuah rumah. Insiaitif yang diperkenalkan adalah Rumah Harapan Rakyat yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Pada pembentangan bajet Belanjawan 2022 , YAB Menteri Besar Dato Seri Amiruddin Bin Harun telah memperkenalkan Insiaitif Rumah Harapan Rakyat.

Objektif Inisiaitf Rumah Harapan Rakyat ini diperkenalkan adalah untuk memastikan golongan ynag berpendapatan rendah dapat memiliki rumah dengan harga yang berpatutan

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :


PERINCIAN RUMAH HARAPAN RAKYAT

Sasaran : Golongan yang berpendapatan rendah

Lokasi : Negeri Sembilan 

Tarikh Mohon : Sebelum 30 April 2022

HARGA RUMAH HARAPAN RAKYAT

Makluman anda semua , harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM78,000 untuk seunit. Manakala deposit yang akan dikenakan adalah sebanyak  5% ataupun RM3,500 dengan upahan peguam adalah secara percuma.

JUMLAH BAYARAN BALIK

Pembayaran balik ini akan dikenakan kepada pembeli rumah adalah sebanyak RM222 sebulan dengan tempoh pembayaran balik adalah selama 300 bulan yang telah ditetapkan.

SYARAT MOHON

Berikut adalah merupakan syarat yang diperlukan untuk membuat permohonan Rumah Harapan Rakyat :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga  50 tahun (Diutamakan kepada rakyat di Negeri Sembilan )
  • Pendapatan isk rumah untuk sebulan adalah di bawah RM4,000
  • Pemohon dan pasangan tidak mempunyai rumah sendiri
  • Pemohon yang mempunyai tanah sendiri (Hak milik / Perkongsian) sahaja
  • Kelulusan untuk tanah adalah minimum tida kurang daripada 2,500 kaki persegi
  • Tanah untuk pembinaan rumah adalah pastikan dalam keadaan sedia bagi proses pembinaan rumah
  • Pembinaan rumah ini diberikan keutamaan kepada golongan kategori miskin atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kasih

TANGGUNGJAWAB PEMOHON

Di bawah kami akan kongsikan tanggungjawab yang perlu dibuat oleh pemohon :

  • Menandatangani perjanjian pembiayaan dam membayar duti stem
  • Mengisi dan melengkakan borang permohonan
  • Membayar deposit iaitu sebanyak 5%  (RM3,500)
  • Sediakan jalan keluar masuk ke tapak pembinaan rumah dengan secara spesifikasi
  • Membuat penyambungan bekalan air dan elektrik
  • Membuat akaun serta membuat pembayaran secara bulanan

CARA MOHON RUMAH HARAPAN RAKYAT

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan Rumah Harapan Rakyat :

  • Pertama sekali , anda perlu layari laman web portal rasmi Rumah Harapan Rakyat
  • Seterusnya , anda boleh klik pada bahagian borang serta muat turun dokumen
  • Pastikan anda mengisi borang dengan lengkap dan betul
  • Anda perlu menyediakan segala dokumen yang diperlukan
  • Borang permohonan yang anda telah isi boleh dihantar terus ke pejabat daerah yang terdekat

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan senarai dokumen yang diperlukan dalam permohonan ini seperti :

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami / Isteri)
  • Salinana Sijil Nikah / Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian
  • Salinan Penyata Akaun Bank 3 Bulan Terkini
  • Salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SKM) (Sekiranya Ada)
  • Slip Gaji 3 Bulan Terakhir- Pemohon
  • Surat Pengesahan Pendapatan Yang Telah Disahkan (Sekiranya Ada)
  • Penayata KWSP Pemohon (Sekiranya Ada)
  • Gambar Tapak Cadangan
  • Salinan Hak Milik Tanah
  • Salinan Sijil Carian Rasmi
  • Pengesahan Ketua Adat (Jika Ada)
  • Surat Akuan Kebenaran Pemilik Tanah (Jika Ada)

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan Rumah Harapan Rakyat ini , anda boleh terus hubungi pihak di Perbadanan Kemajuan Negeri Simbalan menerusi talian hotline 06-761 6871 .

Post a Comment

0 Comments