Pengeluaran Khas Wang KWSP RM10,000 Akan Dibayar Secara "One-Off"


Berita baik kepada anda semua kerana pengelauran wang KWSP RM10,000 akan dilaksanakan secara one-off , informasi Amaun Pengeluaran dan Kaedah.

Kita dapat lihat permohonan ini sudah dibuka kepada semua ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran . Pihak KWSP akan mengeluarkan sedikit maklumat yang ringkas untuk diterangkan kepada semua pencarum iaitu berkenaan pengeluaran RM10,000 secara "One-Off".

AMAUN PENGELUARAN & KAEDAH

Bukan sahaja penguguman yang diberikan mengenai pembayaran pengeluaran KWSP RM10,000 secara "one-off" malah pihak KWSP turut mengeluarkan informasi berkenaan amaun pengeluaran & kaedah untuk memberikan kemudahan kepada semua ahli KWSP :

1. Amaun pengeluaran minimum RM50 , amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 . Jika tidak mencuki , Akaun 1 akan digunakan

2. Meninggalkan baki sekurang - kurangnya RM100 dalam Akaun 1

3. Pembayaran dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment) mulai 20 April 2022

4.Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan

5. Bayaran Pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain


PENGELUARAN MELALUI PORTAL KHAS

Pihak KWSP telah mengugumkan bahawa permohonan RM10,000 boleh dibuat melalui portal khas yang akan disediakan oleh KWSP bermula 1 April 2022.

MAKLUMAT DIPERLUKAN BAGI URUSAN PENGELUARAN

Berikut merupakan sedikit maklumat yang diperlukan untuk membuat permohonan pengeluaran RM10,000 secara one-off :

  • Nombor telefon yang telah berdaftar dengan KWSP
  • Baki simpanan KWSP disemak
  • Nombor akaun bank adalah berstatus "Aktif" (Simpanan atau Semasa)
  • Akaun adalah di atas nama ahli , bukannya atas nama bersama ataupun akaun syarikat

TARIKH MOHON

Untuk makluman anda semua , permohonan pengeluaran RM10,000 secara "one-off" ini boleh dibuat melalui pada 

  • 1 April - 30 April 2022

CARA MOHON

Panduan permohonan ini akan diberikan melalui dari semasa ke semasa .Walaubgaimanapun permohonan pengeluaran ini hanya boleh dibuat melalui secara online sahaja.

TARIKH PEMBAYARAN PERTAMA

Pada kenyataan rasmi melalui di halaman facebook page Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , pembayaran pertama untuk pengeluaran khas KWSP RM10,000 akan dilaksanakan pada 20 April 2022. Tetapi buat masa sekarang tiada sebarang informasi berkenaan sama ada dibayar secara one- off ataupun dibayar secara bulanan.

SIAPA YANG LAYAK?

Pengeluaran wang KWSP RM10,000 ini akan dibuka kepada semua ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun sahaja.

JUMLAH PENGELUARAN

Amaun pengeluaran minimun boleh dibuat adalah sebanyak RM50 dan amaun pengeluaran maksimum yang boleh dibuat adalah sebanyak RM10,000 .

AKAUN YANG DIGUNAKAN

Akaun yang digunakan untuk membuat pengeluaran KWSP RM10,000 adalah merupakan akaun simpanan 2 tetapi sekiranya tidak cukup anda juga boleh menggunakan akaun 1 untuk membuat pengeluaran khas KWSP.

Post a Comment

0 Comments