
Tahukah anda semua , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan sebuah skim Bantuan Khairat Kematian yang berjumlah sebanyak RM2,500 . Bantuan ini boleh dituntut jika terdapat ahlinya yang meninggal dunia.
Pembayaran untuk Bantuan Kematian ini akan dilaksanakn secara “one-off” /dibayar sekali bagi orsng tanggungan yang layak (balu/duda/anak ataupun ibubapa ahli yang teratakluk kepada status perkahwinan ahli).
Permohonan ini anda boleh dapatkan melalui cawangan KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Dalam masa yang sama pastikan anda membawa beberapa dokumen yang diperlukan semasa ingin membuat permohonan di cawangan KWSP.
Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :
- Ikuti Langkah Mudah Untuk Pindahkan Wang ASB Ke Bank Lain
- Mohon Rumah Harapan Rakyat Deposit Serendah RM3500 ~ Mohon Sebelum 30 April 2022
- Bantuan Tambahan Belia RM1000 Berumur 18 Hingga 30 Tahun
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan semasa membuat permohonan Bantuan Khairat Kematian :
- Ahli yang meninggal adalah merupakan warganegara Malaysia , Penduduk Tetap (PR) serta bukan warganegara Malaysia (berdaftar sebelum 1 Ogos 1998)
- Ahli yang meninggal adalah belum mencapai usia 60 tahun
- Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibubapa tertakluk kepada status perkahwinan ahli
- Permohonan mesti diterima dalam masa tempoh selama 6 bulan dari tarikh kematian ahli
- Ahli yang mempunyai simpanan KWSP
SIAPAKAH YANG LAYAK?
- Penama
- Berumur 18 tahun dan ke atas
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikur merupakan senarai dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut :
- Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHLI)
- Kad Pengenalan Diri Pemohon
- Sijil Kematian Ahli
- Sijil Lahir Pemohon
- Sijil Kelahiran Ahli Sijil Nika / Sijil Perkahwinan Ahli / Cabutan Daftar Perkahwinan
- Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan
- Penama Meninggal Dunia
- Surat Kuasa
DOKUMEN YANG WAJIB DISEDIAKAN
- Surat Kuasa (Jika tiada penamaan) Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi)
- Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah)
- Sijil / Perintah Faraid (Mahkamah Syariah)
- Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB)
- Bukti - Bukti Pertalian
- Dokumen - dokumen lain yang telah ditetapkan oleh oihak KWSP
0 Comments