
Tahukah anda semua ,pelbagai jenis bantuan berbentuk kewangan yang telah dilancarkan pada tahun ini dengan bertujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan khususnya kepada gologan yang kehilangan pendapatan , kehilangan pekerjaan dan lain - lain lagi.
Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperkenalkan sebuah Program Perumahan Rakyat Termiskin ataupun dikenali sebagai PPRT. Program ini akan memberi tumpukan kepada golongan yang ingin membaik oulih rumah ataupun membina rumah untuk diduki.
Anda mungkin bermiant dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :
- Permohonan Rumah PPR 2022 Dengan Kadar Sewaan RM124 Sebulan ~ Mohon Sekarang !
- i-Biaya 2022 : Syarat Kelayakan & Cara Mohon Rumah Mampu Milik Untuk Golongan B40
- Permohonan Skim Smart Sewa Beli Rumah Untuk Golongan B40 ~ Semak Kelayakan Anda Sekarang !
PERINCIAN PPRT
Objektif Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah untuk memastikan dapat meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar melalui cara membaik pulih ataupun membina rumah yang baru agar mereka tinggal dalam keadaan selesa.
BANTUAN PPRT
Berikut merupakan bantuan PPRT yang akan diberikan tumpuan kepada gologan yang layak seperti :
- Orang Kelainan Upaya (OKU)
- Warga Emas
- Mangsa bencana alam yang berskala kecil
- Bapa ataupun ibu tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai
- Keutamaan perlaksanaan Program adalah daerah serta bnegeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi
JENIS KATEGORI RUMAH PPRT
Makluman anda semua , terdapat 2 jenis kategori Program PPRT seperti adalah seperti berikut :
1. Baik Pulih
I) Terdapat 3 elemen yang penting bagi mereka yang ingin membaik pulih rumah adalah seperti berikut :
- Penambah baikan
- Penyelenggaran
- Requisition
II) Syarat bantuan baik pulih rumah
- Mempunyai surat kebenaran bagi mereka yang menumpang tapak tanam daripada pemilik
- Bantuan baik pulih ini akan diberikan kepada individu yang layak dengan mempunyai rumah yang rosak disebabkan bencana ataupun usang dan masih boleh diperbaiki
2) Bina Baru
Bantuan pembinaan rumah yang baru ini akan diberikan kepada invidu yang layak dengan mempunyai rumah yang usang dan tidak selamat untuk didiami .
CARA MOHON BANTUAN RUMAH PPRT TAHUN 2022
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk Bantuan Rumah PPRT 2022 seperti berikut :
- Anda boleh layari laman web portal rasmi eSPKR di https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/
- Seterusnya , anda boleh klik pada bahagian “Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama
- Anda perlu lengkapkan ruangan yang disediakan
- Anda perlu mengisi dengan lengkap dan tekan butang “Hantar Permohonan”
MAKLUMAT LANJUT
Sekirnaya anda mempunayi sebarang pertanyaan mengenai bantuan Program Rumah PPRT 2022 , anda boleh terus hubungi pihak yang bertugas dj talian 03 8000 8000 atau E-mel [email protected] .
0 Comments