
Tahukah anda semua , kerajaan telah memperkenalkan salah satu inisiaitf kepada golongan yang masih belum memilik kediaman rumah sendiri . Perkara ini dimaksudkan adalah inisiaitf Program Perumahan Rumah IKRAM KPKT yanh merupakan insiaitif kediaman Rumah Keluarga Malaysia tahun 2022.
Jika anda berminat untuk membuat permohonan Rumah IKRAM , baca butiran di bawah mengenai panduan cara permohonan yang disediakan seperti di bawah.
Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami akan sediakan di bawah ini :
- Permohonan Rumah PR1MA Secara Online Bagi Tahun 2022 ~ Mohon Sekarang !
- I-Biaya 2022 : Syarat Kelayakan & Cara Mohon Rumah Mampu Milik Untuk Golongan B40
- Permohonan Skim Smart Sewa Beli Rumah Untuk Golongan B40 ~ Semak Kelayakan Anda Sekarang !
PERINCIAN RUMAH IKRAM KPKT
Program Rumah IKRAM merupakan salah satu hasil usaha dari pihak kerajaan dalam membantu menyediakan kediaman dengan selesa dan selamat khususnya bagi Keluarga Malaysia untuk tahun ini kepada mereka yang terkesan dengan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19.
Dalam sepanjang pandemik Covid-19 yang melanda di negara kita , terdapat faktor lain iaitu seperti rakyat yang kehilangan pendapatan , diberikan notis cuti tanpa gaji dan kehilangan pekerjaan.
OBJEKTIF PROGRAM RUMAH IKRAM
- Memberikan perlindungan kediaman menerusi penyediaan kediaman yang selamat serta selesa untuk Keluarga Malaysia yang telah kehilangan tempat tinggal akibat pandemik Covid-19
- Menyediakan kemudahan insiaitf menerusi sewaan percuma bagi selama 6 bulan pertama agar dapat mengurangkan beban kewangan yang telah ditanggung oleh Keluarga Malaysia
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan seperti :
- Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
- Pemohon dan pasangan yang berumur 18 tahun dan ke atas
- Terbuka kepada golongan B40
- Individu yang tidak mempunyai kediaman sendiri
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
CARA MOHON
Anda yang berminat serta memenuhi syarat kelayakan seperti yang diterangkan di atas , anda boleh membuat permohonan secara atas talian melalui pautan rasmi Rumah IKRAM KPKT https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/rumah-ikram-keluarga-malaysia .
Anda perlu mengikut panduan yang diterangkan untuk permohonan di laman pautan rasmi serta dokumen - dokumen sokongan yang diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.
KADAR SEWAAN BULANAN
Makluman anda semua , kadar sewaan bulnan Rumah IKRAM KPKT adalah seperti berikut :
- Sewaan serendah RM124 untuk sebulan
- Maksimum sewaan adalah selama 24 bulan / 2 tahun
SENARAI PROJEK RUMAH IKRAM KPKT
Kami akan kongsikan di bawah mengenai projek perumahan PPR Rumah IKRAM KPKT yang terlibat adalah seperti berikut :
- PPR Kota Bharu - Kelantan
- PPR Gua Musang - Kelantan
- PPR Sinar Intan - Kedah
- PPR Aman Jaya - Kedah
- PPR Kota Setar - Kedah
- PPR Lembah subang 2 - Selangor
- PPR Sentul Murni - Kuala Lumpur
- PPR Sungai Melana 2 - Johor
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonsn Rumah IKRAM KPKT , Anda boleh terus hubungi di talian Khas Jabatan Perumahan Negara di 03 8891 4475 ataupun emel ke alamat [email protected] .
0 Comments