Adakah Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Akan Dikeluarkan ~ Apakah Pendapat Anda ?

Ekonomi negara semakin memulih setelah menghadapi pendemik covid-19. Walaupun begitu, rakyat masih mengeluh kerana tidak cukup duit. Terdapat juga segelintir rakyat yang menunggu masa untuk dihalau dari rumah kerana tidak mampu membayar tunggakan sewa.

Bukan semua rakyat yang memiliki caruman KWSP sehingga membolehkan mereka untuk mengeluarkan i-Lestari, i-Citra dan pengeluaran khas RM 10,000 baru-baru ini.

Setelah mengeluarkan wang KWSP sebanyak RM 10,000, ada yang mula tarik muka masam. Ini kerana wang tersebut telah digunakan untuk membeli barang kemas dan ada juga yang membayar hutang adik-beradik mahupun along.

Wang tersebut sebaiknya dijadikan sebagai modal membeli aset seperti barang kemas dan menyertai bidang perniagaan secara dalam talian sama ada menjual barang atau melakukan drop ship.

Mengapa wang KWSP tersebut dibazirkan seolah-olah tidak ada esok dan lusanya lagi? adakah anda tergamak untuk melakukan lagi kempen pengeluaran wang KWSP sehingga menyebabkan tujuan asal kewujudan skim tersebut dilupakan?

Sememangnya zaman sekarang di mana orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin. Kita perlu banyak bermuhasabah sebelum muamalah agar tidak dilimpah musibah.

Berhematlah ketika berbelanja sekiranya wang RM 10,000 masih tersisa. Semoga, tidak ada lagi rakyat yang mengharapkan pengeluaran RM 10,000 KWSP 2.0, nanti pak menteri pening kepala sekali lagi. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Sangat2lah berharap kerana sampai sekarang mseh tidak bekerja

    ReplyDelete