Permohonan Bantuan BINGKAS Berjumlah RM300 Untuk Tahun 2022 ~ Mohon Sekarang !

Berita baik untuk semua , Bantuan BINGKAS ataupun dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor adalah merupakan sebuah insentif yang akan diberikan kepada rakyat selangor yang layak untuk menerima bantuan ini tersebut.

Objektif insentif ini diperkenalkan adalah untuk meringankan beban bagi setiap penerima yang layak termasuklah ibu tunggal.

PERINCIAN BANTUAN BINGKAS

Bantuan BINGKAS ini adalah merupakan sebuah insentif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang diumumkan pad pembentangan Belanjawan 2022.

Tujuan utama bantuan BINGKASini dilaksanakan adalah untuk mengiktirac peranan penting kedua keluarga yang tidak mengenal penat lelah dalam mengurus hal ehwal keluarga , mendidik serta membesarkan anak - anak.

JUMLAH BANTUAN BINGKAS

Berikut merupakan jumlah bantuan BINGKAS yang akan diberikan

  • RM300 setiap bulan
  • Keseluruhan menjadikan RM3,600 untuk 12 bulan / setahun

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan untuk permohonan bantuan BINGKAS 2022 :

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir dan menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pendapafan isi rumag mestilah RM3,000 dan ke bawah untuk setiap bulan

SYARAT PENDAFTARAN

Di bawah ini kami akan kongsikan dokumen yang diperlukan semasa mendaftar sebagai ahli

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan , MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA ataupun IPTS (Anak - Anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk ibu / bapa tunggal)
  • Salinan slip gaji / pencen terkini (penjawat awam / pesara)
  • Salinan penyata EA ataupun KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengeshana penyata pendapatan daripada komuniti seperti ADUN / Pengulu / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja )

NOTA : Pemohon yang telah membuat permohonan ini akan disemak oleh ADUN , Sekiranya pemohon berjaya dalam membuat permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel .

Post a Comment

0 Comments