
Permohonan bantuan kewangan khususnya kepada Wanita / Suri Rumah untuk terima insentif sehingga RM480 setahun. Golongan wanita suri rumah yang kini boleh mencarum di KWSP dengan insentif di bawah i-Suri.
i-Suri juga ini diperkenalkan adalah untuk memastikan kesejahteraan bagi golongn suri rumah serta mengikiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Terdapat jug banyk faedah i-Suri KWSP.
Di bawah kami akan kongsikan berkenaan syarat dan kelayakan , faedah serta cara mohon insentif KWSP iaitu i-Suri KWSP.
CARA DAFTAR I-SURI
Anda boleh mendaftar di cawangan KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal anda serta membawa dokumen dan borang permohonan yang diperlukan seperti berikut :
- Mykad
- Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Perdaftaran Kali Pertama Sahaja)
- Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayaka untuk pendaftaran i-Suri KWSP seperti :
- Warganegara Malaysia
- Golongan suri rumah yang telah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih)
- Mencarum sekurang - kurangnya RM5 sebulan ataupun RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri merupakan Ketua Isi Rumah (KIR/Wanita) (KIR)
- Berumur di bawah 60 tahun
SIAPA YANG LAYAK?
- Suami kepada pasangan yang layak
- Diri sendiri (Isteri)
Tambahan : Kepada suri rumah , anda dibenarkan untuk memilih satu insentif sahaja dalam satu masa , jika anda telah berdaftar menerusi insentif persaraan (i-Saraan) , anda perlu batalkan dahulu sebelum membuat permohonan baharu bagi i-Suri KWSP.
FAEDAH I-SURI KWSP
Berikut merupakan adlah faedah i-Suri KWSP :
- Terima insentif kerajaan sebanyak RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun
- Diberikan dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian : RM2,500
Insentif ini telah disediakan oleh kerajaan dan hanya akan dibayar alabila anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti :
- Isteri adalah Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di bawah E-Kasih
- KIR wanita yang berstatus balu , belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Terdapat caruman yang sukarela dibuat ke akaun KWSP ahli yang berjumlah RM5 sebulan ataupun RM60 setahun.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai insentif i-Suri KWSP , Anda boleh terus layari laman web portal rasmi di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri .
0 Comments