Bantuan 1 Keluarga Sehingga RM900 Mula Dikreditkan Pada Hari Esok ~ Semak Sekarang !

Makluman anda semua , pembayaran untuk Bantuan 1 Keluarga Malaysia berjumlah sehingga RM900 ini mula dikreditkan pada awal bulan September 2022.

Penerima yang terdiri daripada kategori isi rumah bayaran yang akan diberikan adalah RM200,RM300,RM400,RM500,RM600 serta RM700 bagi setiap keluarga dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan.

Bayaran untuk isi rumah dengan pendapatan antara RM2,500 sehingga RM5,000 ini adalah sebanyak RM100 dan RM400 juga tertakluk kepada kategori umur.

Selain itu , bagi kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) pula bayaran ini bermula dari jumlah RM600, RM800 sehingaa RM900 dengan berdasarkan amaun tambahan IBT yang mempunyai anak dengan menepati syarat akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM500.

Disamping itu , terdapat juga beberapa kategori yang akan menerima bantuan sebanyak RM150 untuk bulan September 2022 ini.

Bantuan 1 Keluarga yang berjumlah RM900 adalah merupakan sebuah instrumen dalam kerangka Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3.

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah :

KADAR PEMBAYARAN MENGIKUT KATEGORI





SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN 1 KELUARGA

Di bawah kami akan kongsikan berkenaan semakan status bayaran Bantuan 1 Keluarga seperti :

I. Fasa 1

  • Bayaran telah dikreditkan pada 28 Mac 2022 secara berperingkat sehingga 30 Mac 2022 dengan menerima bayaran secara tunai di cawangan BSN

II. Fasa 2

  • Bayaran ini dikreditkan pada 27 Jun 2022 yang lalu secara tunai di cawangan BSN

III. Fasa 3

  • Pembayaran ini dijangkakan mula dikreditkan pada 8 September 2022 

IV. Fasa 4

  • Pembayaran mula dikreditkan pada Disember 2022

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS BKM FASA 3 2022

  • Log masuk ke https://bkm.hasil.gov.my/
  • Pastikan klik pada bahagian “Semakan Status”
  • Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  • Anda boleh klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 sehingga Fasa 4 , anda boleh terus layari laman web portal rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my/.

Post a Comment

0 Comments