
Tahukah anda semua , tujuan utama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini ditubuhkan adalah untuk memastikan dapat menjaga kebajikan masyarakat yang berlandaskan 5 aspek iaitu pemulihan , pencegahan , pembangunan , pengintergrasian serta perlindungan.
Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdapat pelbagai jenis bantuan kewangan yang disediakan untuk diberikan kepada penerima yang layak termasuklah golongan kanak - kanak mahupun yang sudah berusia seperti warga emas.
Dalam banyak - banyak bantuan yang disediakan oleh JKM terdapat sebuah bantuan kewangan yang berjumlah sebanyak RM200 sebulan untuk diberikan kepada masyarakat yang layak. Jika anda merasakan diri layak untuk mendapatkan bantuan tersebut anda perlu membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui kriteria syarat kelayakan yang diperlukan
Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :
- Penerima BKM Layak Untuk Terima Bantuan Khas Kewangan RM700 Tanpa Membuat Sebarang Permohonan
- RASMI : Tarikh Pembayaran BKM Fasa 3 Bagi Kategori Isi Rumah Telah Diumumkan ~ Semak Sekarang !
- TERKINI : Pembayaran BKM Fasa 3 Kini Dalam Proses Pengkreditan ~ Semak Sekarang !
JENIS BANTUAN JKM
Berita baik untuk semua , Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan satu bantuan khas dalam latihan perantis yang akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia.
JUMLAH BANTUAN
Berikut adalah merupakan jumlah bantuan yang akan diberikan kepada individu yang layak :
- RM200 sebulan
- Dalam setahun menjadikan jumlah sebanyak RM2,400
SIAPAKAH YANG LAYAK?
Mesti ramai yang akan tertanya - tanya siapakah yang layak untuk mohon bantuan ini ? Bantuan ini akan diberikan untuk meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan seharian khususnya kepada golongan
- Kategori B40
Perkara ini adalah berdasarkan purata kalangan di masyarakat Malaysia yang terjejas dengan sumber pendapatan akinag pandemik Covid -19 yang melanda pada tahun 2020 yang lepas.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakn yang diperlukan untuk memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) :
- Warganegara Malaysia
- Anak - anak yang terima bantuan daripada institusi kebajikan
- Bekas pelatih perintah khidmat negara
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan / Sijil lahir suami / Isteri dan Anak
- Salinan penyata gaji (Jika ada)
- Mana - mana dokumen yang layak untuk di bawah semasa membuat permohonan
Sekiranya anda sudah mendapat maklumat yang lengkap di atas , anda perlu memuat turun serta mengisi borang dengan lengkap dan hantar ke mana - mana pejabat JKM yang berdekatan dengan tempat tinggal anda
Anda boleh mendapatkan borang permohonan di sini “JKM18 - BORANG PERMOHONAN”.
0 Comments