Makluman untuk anda semua , Syarikat Perumahan Negara Berhad ataupun dikenali sebagai (SPNB) ini adalah merupakan salah satu sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Menerusi Dasar Perumahan Negara ini SPNB telahpun diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan pelbagai jenis rumah mampu milik serta kualiti mampan bagi setiap keluarga yang ada di Malaysia.
Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :
- Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) RM250 Untuk Rakyat Malaysia Tahun 20222
- TERKINI : Bantuan Barangan Dapur Berjumlah RM300 Untuk Isi Rumah Tahun 2022 ~ Mohon Sekarang !
- Bantuan Tambahan Kewangan RM500 Untuk Ibu Dan Bapa Tunggal (IBT)
RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)
Rumah Mesra Rakyat ataupun dikenali sebagai (RMR) ini telah diwujudkan agar dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan , petani serta keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah pertama mereka.
Berita baik untuk anda semua , kerajaan telah menyediakan sebuah bantuan yang berbentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 serta pembinaan rumah mengikut spesifikasi yang akan ditetapkan seperti yang kami terangkan di bawah.
HARGA DAN REKA BENTUK RMR
Pengetahuan untuk semua , harga untuk srtiap unit ini adalah berbeza namun begitu konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat yang mempunyai 2 bilik air dan 3 bilik tidur. Kami akan kongsikan di bawah berkenaan harga RMR mengikut tempat yang disediakan.
1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
- Harga : RM75,000
- Subsidi Pembinaan : RM20,000
- Jumlah Pinjaman : RM55,000
- Anggaran Pembayaran Bulanan Adalah Seperti Berikut (16 Tahun) : RM300
2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau Di Semenanjung)
- Harga : RM85,000
- Subsidi Pembinaan : RM20,000
- Jumlah Pinjaman : RM65,000
- Anggaran Pembayaran Bulanan Adalah Seperti Berikut (16 Tahun) : RM350
3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)
- Harga : RM75,000 - RM106,000
- Subsidi Pembinaan : RM20,000
- Jumlah Pinjaman : RM55,000 - RM86,500
- Anggaran Pembayaran Bulanan Adalah Seperti Berikut (16 Tahun) : RM300 - RM470
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi yang ingin membuat permohonan :
- Syarat Kelayakan
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah dengan tidak melebihi RM3,000
- Pemohon tidak memliki rumah pertama ataupun memiliki rumah usang
- Tapak atau tanah mestilah bersesuaian serta bebas daripada gadaian
- Pemohon perlu mendapatkan kebenaran pemilik sekiranya tanah itu bukan pemilik pemohon
- Keluasan adalah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)
CARA MOHON RMR
Kami akan kongsikan di bawah berkenaan cars untuk membuat permohonan RMR :
- Layari laman web portal rasmi di SPNB https://rmr.spnbonline.com.my/
- Seterusnya , anda boleh klik pada Pendaftaran Baru serta isi borang pendaftaran dengan lengkap
- Selanjutnya , ID Login serta Kata Laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftar
- Anda perlu log masuk ke SPNB dengan memasukkan id dan kata laluan yang telah diberikan
- Anda perlu lengkapkan borang yang telah dikehendaki
- Selepas sahaja selesai mengisi borang , klik pada Selesai Pendaftaran dan Cetaj Borang
- Anda boleh menghantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB ataupun cawangan SPNB yang berdekatan dengan tempat tinggal anda
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen - dokoumen yang diperlukan semasa ingin menghantar borang permohonan RMR :
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (sekiranya ada)
- Salinan kad pengealan tuan rumah
- Salinan geran hak milik tanah yang terbaru dan sijil carian rasmi daripada Pejabat Tanah
- Slip gaji yang terkini (3 bulan) ataupun surat pengesahan pendapatan pemohon
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
SEMAKAN STATUS KELULUSAN
Maklum balas permohonan ini aaksn diumumkan dalam masa yang telah ditetapkan iaitu 3 bulan dari tarikh yang dimohon.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai RMR SPNB , Anda boleh terus hubungi ibu pejabst di talian hotline 03-2618 5555 / 03-2618 5556 .
0 Comments