Panduan Mohon e-Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Bagi Tahun 2022

Pengetahuan anda semua , mungkin ada yang tidak tahu mengenai jenis pengeluaran yang boleh dibuat . Pengeluaran ini juga adalah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pohak KWSP.

Walaubagaimanapun , anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran KWSP menerusi akaun simpanan 2 dengan atas tujuan kegunaan peribadi anda sendiri serta tujuan seperti pendidikan , membina rumah dan lain - lain lagi. 

Kami akan kongsikan maklumat yang lebih terperinci berkenaan cara untuk membuat permohonan e- Pengeluaran KWSP ini dengan secara atas talian.

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

OBJEKTIF e-PENGELUARAN KWSP

Untuk mereka yang belum mengetahui , buat masa sekarang anda boleh membuat pengeluaran simpanan melalui akaun 2 atas tujuan seperti berikut :

  • Rawatan perubatan
  • Pengeluaran atas tujuan membina rumah 
  • Pengeluaran untuk membeli rumah
  • Pengeluaran untuk pendidikan
  • Pengeluaran bagi menyelesaikan baki pinjaman rumah
  • Pengeluaran untuk memyelesaikan PTPTN


SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi membuat permohonan e-Pengeluaran :

  • Warganegara Malaysia 
  • Permohonan pengeluaran adalah tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Bayaran ini adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank simpanan
  • Syarat kelayakan adalah mengikut syarat pengeluaran semasa

CARA MOHON e-PENGELUARAN KWSP

Jika anda ingin membuat pengeluaran KWSP melalui akaun simpanan 2, anda perlu mohon secara online menerusi e-pengeluaran. Sila daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran

Apabila anda sudah berjaya daftar i-Akaun , sila ikuti cara untuk membuat e-Pengeluaran yang akan diterangkan di bawah ini :

1. Pertama sekali , anda perlu log masuk ke i-Akaun KWSP

2. Anda perlu klik pada bahagian menu “ Pengeluaran”


3. Anda boleh klik pada bahagian “Permohonan Baru”

4. Jika anda masuk lada bahagian jenis pengeluaran , anda boleh pilih atas tujuan pengeluaran anda

5. Pada nama institusi anda boleh memilih bank tempat anda yang ingin membeli rumah



6. Sila klik dan ikuti langkah ini sehingga anda selesai membuat permohonan pengeluaran

7. Dalam masa yang terdekat , anda akan terima SMS dengan kenyataan bahawa anda perlu ke KWSP untuk membuat pengesahan cap jari.

8. Keputusan ini juga akan mengambil masa sekurang - kurangnya selama 10 hari bekerja.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan e-Pengeluaran KWSP , Anda boleh terus layari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Post a Comment

0 Comments