Permohonan Bantuan Skim Jaya Usahawan Berjumlah RM2000 Untuk Golongan Belia

 

Pengetahuan anda semua , Program Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS) adalah merupakan salah satu program yang baharu bagi Kerajaan Negeri Sabah untuk tahun 2022 menerusi di bawah selian Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang dapat memacu gerakan pembangunan ekonomi dan meningkatkan potensi para belia di negeri Sabah.

SYABAS juga adalah merupakan sebuah program yang menyediakan bantuan berbentuk kewangan , latihan serta rakan pintar perniagaan untuk para usahawan belia negeri Sabah.

Melalui program ini adalah inisitif yang diperkenalkan daripada Ketua Menteri Sabah untuk membantu belia Sabah dengan mengembangkan perniagaan sedia ada mahupun memulakan perniagaan baharu.

Anda mugnkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

TUJUAN PROGRAM SKIM JAHA USAHAWAN BELIA

Berikut adalah merupakan tujuan utama bagi perlaksanaan program ini adalah seperti berikut :

  • Sentiasa membantu para belia dalam memulakan perniagaan setelah kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik
  • Membantu membina para usahawan belia leeniaan eksport dan import bagi memampankan perniagaan para belia 
  • Membantu para usahawan belia yang mempunyai produk untuk dikembangkan 

SASARAN PROGRAM

  • Golongan yang disasarkan pada program ini adalah belia Bumiputera Sabah yang berumur 18 hingga 40 tahun

KATEGORI PERMOHONAN

Dalam progrsm ini terdapat 2 kategori permohonan yang ditawarkan seperti berikut :

  • Young Developing Creative Business Fund : Dana belia yang ingin mengembangkan perniagaan dengan sedia ada adalah berjumlah sebanyak RM5,000
  • Start - up Fund : Dana untuk beli yang ingin memulakan perniagaan adalah berjumlah sebanyak RM2,000

SYARAT MOHON

  • Warganegara Malaysia serta bermastautin di Negeri Sabah
  • Belia yang berumur 18 hingga 40 tahun dengan menepati syarat permohnan
  • Menyediakan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Mengemukakan slip penyata banj untuk kategori Start-up Fund (RM2,000) , manakala bagi yang kategorj Youth Developing Creative Business (RM5,000) perlu mengemukakan 6 bulan penyata bank

CARA MOHON SKIM JAYA USAHAWAN BELIA

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan Skim Jaya Usahawan Belia :

  1. Layari laman web portal rasmi di https://syabas.gov.my/ms/
  2. Anda perlu klik pada bahagian “Daftar” serta klik butang “Daftar Sekarang”
  3. Isi maklumat yang disediakan dengan lengkap
  4. Log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan
  5. Isi semua ruangan kosong yang disediakan
  6. Anda perlu pilih kategori permohonan yang diiginkan.Sila muat naik dokumen yang diperlukan
  7. Hantar permohonan sekiranya selesai

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen - dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan seperti :

i) Start - up Fund 

  • Lesen perniagaan
  • Salinan kad pengenalan
  • Penyata akaun bank
  • Dokumen - dokumen sokongan 

ii) Young Developing Creative Business Fund

  • 6 bulan penyata bank
  • Lesen perniagaan 
  • Penyata akaun bank
  • Salinan kad pengenalan
  • Dokumen - dokumen sokongan lain

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program SYABAS , Anda boleh terus layari di laman web portal rasmi https://syabas.gov.my/ms/.

Post a Comment

0 Comments