TERKINI : Panduan Cara Daftar e-Kasih 2022 Untuk Semakan Kelayakan Bagi Rakyat Terima Bantuan

Pengetahuan anda semua , eKasih ataupun dikenali sebagai Portal Pembasmian Kemiskinan kini merupakan antara sebuah portal utama dalam melayakkan diri sebagai penerima bantuan yang terdapat dalam e-Kasih.

Portal e-Kasih juga adalah sebuah portal yang menyimpan segala data - data penting peribadu dan rekod bahi bantuan untuk diberikan kepada penerima individu , Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) termasuklah juga Bantuan Sara Hidup (BSH) , Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

PERINCIAN e-KASIH 2022

Seperti sedia maklum , bagi Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan yang tinggal di bandar ataupun mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan pula bagi mereka yang tinggal di luar bandar adalah digalakkan untuk mendaftar dalam portal e-Kasih.

Data - data yang tersimpan di dalam sistem ini bakal disepadukan dengan agensi lain untuk memudahkan segala proses pemberian bantuan dari segi kewangan ataupun lain - lain.

DATA YANG TERSIMPAN DI SISTEM E-KASIH

Berikut adalah merupakan data - data yang terdapat di sistem e-Kasih :

  • Nama 
  • Maklumat asas KIR & AIR
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat tempat tinggal 
  • Pendapatan
  • Pekerjaan

Nota penting : penerima BPR ini akan terima bantuan bersasarkan data - data yang telah ditetapkan oleh sistem e-Kasih

Anda perlu sentiasa membuat mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa agar segala proses bantuan ini mudah untuk diterima oleh anda.

PANDUAN DAFTAR e-KASIH 2022

Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar e-Kasih , anda boleh terus ke Pejabat Daerah ataupun Pejabat Pe,bangunan Negeri (PPN).

Segala rujukan ini anda boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeru (PPN) ataupun Pejabat Daerah menerusi

  • Emel rasmi
  • Telefon
  • Surat atau
  • Mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan

CARA MOHON e-KASIH

Permohonan ini anda boleh buat menerusi laman web portal rasmi e-Kasih secara atas talian di 

Kebaikan sistem ini , pengguna dapat membolehkan

  • Semakan status kemiskinan dengan secara online
  • Kemaskini penyelaras maklumat bantuan
  • Pemantauan kemiskinan
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan

Post a Comment

0 Comments