Bantuan Kewangan Kerajaan RM600 Untuk Keluarga Malaysia Tahun 2022 ~ Semak Sekarang !

Bagi membantu rakyat yang memerlukan di kalangan kita ini kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan kewangan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan ini adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dari RISDA dengan jumlah bantuan kewangan yang diberikan adalah sebanyak RM600. Walaubagaimanapun, pembayaran ini akan dilaksanakan dengan secara berperingkat dengan mempunyai 2 peringkat.

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh ataupun dikenali sebagai (BMT) ini akan diberikan khususnya kepada pekebun kecil ataupun penoreh getah dengan tujuan untuk meringankan beban mereka ketika menghadapi musim tengkujuh.

JUMLAH BANTUAN

Berikut merupakan jumlah bantuan yang disediakan oleh RISDA dengan melibatkan 2 fasa :

  • November 2022 : RM300 
  • Disember 2022 : RM300

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah  merupakan syarat kelayakan yang diperlukan bagi bantuan kewangan RM600 :

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil yang telah berdaftar (pemilik pengusaha dengan RISDA)
  • Keluasan tanah adalah 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja

SEMAKAN KELULUSAN BMT 2022

Untuk pengetahuan anda semua , pembayaran ini bakal dilaksanakan melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa membuat permohonan.

Anda boleh membuat semakan kelulusan secara atas talian sahaja iaitu melalui sistem BMT RISDA

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan BMT , Anda boleh terus hubungi pihak RISDA di talian hotline 03-4256 4022.

Post a Comment

0 Comments