Jumlah Bantuan BMT Tahun 2023 Telah Ditambah Baik Sehingga RM800 Untuk Rakyat Malaysia

PERINCIAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh ataupun dikenali sebagai BMT ini merupakan sebuah bantuan kewangan yang akan diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah ini dengan sebagai usaha agar dapat meringankan beban mereka semasa menjelang musim tengkujuh.

JUMLAH BANTUAN BMT

Berita baik kelada anda semua , kerajaan telah menambah baik dengan meningkatkan kadar pembayaran iaitu RM800 berbanding dengan sebelum ini hanya diberikan RM600. Walaubagaimanapun , pembayaran ini berpeeingkat iaitu RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk terima bantuan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) :

1. Pekebun Kecil RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil Berdaftar (Pemilik Pengusaha) dengan RISDA
  • Pemilik tanah yang telah disahkan
  • Mempunyai 1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja
  • Keluasan tanah perlulah 0.1 sehingga 2.5 hektar

2. Penoreh Bukan Pemilik

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • 1 lot ini hanya untuk seorang penama sahaja yang akan terima bantuan 
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT - G) yang masih sah

SEMAKAN KELULUSAN BMT

Mkluman anda semua , pembayaran ini akan dilakukan secara Electronic Fund Transfer ( EFT) ke akaun bank anda , pasrikan akaun bank yang anda daftarkan adalah masih aktif.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembayaran BMT , Anda boleh terus hubungi pihK RISDA di talian hotline 03-4256 4022.

Post a Comment

0 Comments