Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM350 Untuk Penerima Yang Layak Telah Diumumkan !


 Seperti yang kita tahu , kerajaan telah banyak menyediakan pelbagai jenis bantuan untuk diberikan rakyat yang memerlukan.

Bantuan - bantuan yang diperkenalkan ini juga adalah melalui pelbagai Kementerian ataupun Jabatan di peringkat Persekutuan ataupun Negeri sesuai dengan tanggungjawab serta kumpulan sasar masing - masing.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Khas Kewangan dengan kadar bantuan yang disediakan sebanyak RM700 dan RM350 menerusi Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang layak.

BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) RM700 & RM350

Melalui kenyataan Kerajaan pada bulan Ogos yang lepas , bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700 ini akan diberikan kepada semua perkhidmatan awam yang Gred 56 dan ke bawah.

Manakala , RM350 pula ini akan diberikan kepada semua pesara dan veteran kerajaan yang tidak berpencen. Bantuan yang diberikan ini dianggaran melibatkan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.

TARIKH PEMBAYARAN

Mesri ranai yang akan tertanya - tanya bilakah pembayaran ini akan dilaksanakan , Pembayaran ini telahpun diumumkan adalah pada 17 Januari 2023.

Dalam masa yang sama , Kerajaan Negeru Melaka juga turut memberikan bantuan BKK berjumlah RM700 kepada semua para penjawat awam.

Bayaran ini akan dilaksanakan pada bulan ini seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini. Walaubagaimanapun , terdapat jug penjawat awam yang akan terima BKK setengah bulan gaji di mana pembayaran akan dilaksanakan secara dua kali iaitu pada bulan Februari dan April 2023.

Post a Comment

0 Comments