TERKINI : Ahli Kini Dibenarkan Membuat Pengeluaran Penuh KWSP Melalui Akaun 1 & Akaun 2

Makluman anda semua , pihak kerajaan dari dulu sehingga sekarang telah berusaha dalam membantu rakyat - rakyat yang memerlukan agar terima bantuan untuk meringankan beban mereka. Oleh itu , pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khas.

Antara bantuan khas yang diperkenalkan ada seperti i-Lestari ,i-Sinar dan i-Citra yang dapat memberikan pencarum membuat pengeluaran berdasarkan simpanan yang dibuat pada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pihak KWSP juga telah membenarkan bagi pencarum membuat pengeluaran penuh simpanan daripada akaun simpanan 1 & 2 berdasarkan syarat - syarat yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan senarai pengrluaran KWSP yang dibenarkan oleh pihak KWSP

1. KEMATIAN

Jika terdapat ahli yang meninggal dunia , pengeluaran penuh simpanan mereka ini anda boleh keluarkan dengan melibatkan waris yang terdejat. Oleh itu , pihak KWSP menasihatkan bahawa setiap ahli perlu membuat penamaan agar dapat memudahkan segala urusan selepas kematian.

Untuk mereka yang lengkap dalam syarat - syarat yang diperlukan ini , permohonan boleh di buat melalui secara atas talian di SISTEM I-AKAUN KWSP.

2. BERUMUR 55 TAHUN

Sekiranya ahli itu mencapai usia 55 tahun layak untuk membuat pengeluaan penuh simpanan mereka tak kira Akaun 1 dan Akaun 2 yang akan digabungkan menjadi Akaun 55.

Jika ahli itu ingin meneruskn selepas berusia 55 tahun , ahli tersebut akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang akan dikeluarkan sekelas mencapai usi 60 tahun.

3. MENINGGALKAN NEGARA

Apabila ahli itu melucutkan taraf kewarganegaraan dan behijrah ke negara lain , ahli tersebut boleh membuat pengeluaran wang penhuh di simpanan Akaun 1 dan Akaun 2.

4. HILANG UPAYA

Bagi ahli yang mengalami hilang upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan mereka. Tetapi mereka perlu mendapatkan pengesahan yang sah oleh pegawai perubatan. Tambahan pula , mereka juga layak untuk terima bantuan khas kewangan RM5000. 

Post a Comment

0 Comments