Bayaran Bantuan STR Fasa 4 Telah Mula Dikreditkan Dengan Secara Berperingkat


Berita baik untuk semua khususnya bagi penerima STR , kerajaan telah memulakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 pada hari ini iaitu 7 November 2023.

Bantuan STR adalah merupakan salah satu bantuan tahunan yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti bantuan - bantuan sebelum ini. Tujuan utama inisiatif dilaksanakan adakah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Tambahan pula , kerajaan juga bersetuju untuk menambah baik STR dengan menyediakan bantuan tambahan sebanyak RM600.

Seperti yang kita lihat , kerajaan telah berjaya melaksanakan bayaran STR bagi Fasa 1 yang dilaksanakan pada bulan Januari , fasa  2 pada bulan april manakala fasa 3 dilaksanakan pada bulan jun 2023.

TARIKH BAYARAN

Melalui kenyataan rasmi Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim , bayaran STR Fasa 4 yang merupakan bayaran terakhir mula dikreditkan pada 7 November 2023 dengan secara berpeeingkat.

Bayaran STR akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima masing - masing. Sebaliknya , bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank ataupun status bank mereka tidak aktif bayaran tersebut boleh ditebus melalui kaunter di Bank Simpan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan tempat tinggal.



JADUAL & JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

Berikut merupakan jadual bayaran STR bagi fasa 4 mengikut kategori - kategori yang telah ditetapkan :

1) Pendapatan Isi Rumah Di Bawah RM2,500
  • Tiada anak : RM200
  • 1 - 2 anak : RM600
  • 3 - 4 : RM900
  • >  5 : RM1200
2) Pendapatan Isi Rumah RM2,501 - RM5,000
  • Tiada anak : RM0
  • 1 - 2 anak : RM0
  • 3 - 4 anak : RM300
  • > 5 : RM500
3) Warga Emas Sebatang Kara ( 69 Tahun & Ke Atas)
  • RM200
4) Bujang (21 - 59 tahun)
  • RM0
5) Bujang OKU (19-59 tahun)
  • RM0

SEMAKAN STATUS

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pertanyaan mengenai pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 anda boleh terus layari laman web portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ataupun hubungi di talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Post a Comment

0 Comments